Visi Sekolah

Saturday, July 4, 2009

Kursus Teknik Memalu Kompang

Pada hari Sabtu yang lalu (27 Jun 2009), satu kursus paluan kompang telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kenegaraan. Kursus ini telah cuba mendedahkan pelajar tentang seni, cara dan teknik untuk menghasilkan paluan kompang yang berkesan dan menarik. Sasaran para peserta adalah semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Selain kaedah memukul kompang, jurulatih kompang turut sama mengisahkan tentang sejarah asal asul kompang serta perkembangan semasa dari segi penggunaannya.