Visi Sekolah

Monday, August 17, 2009

Kursus Power Point dan Blog

Satu Kursus Profesional Keguruan Dalam Bidang ICT telah diadakan pada 25 Julai 2009 (Sabtu) bertempat di bilik Kelab Rukun Negara, Pusat Akses Sekolah dan Makmal Komputer. Sepanjang kursus, guru-guru telah didedahkan secara teori dan amali. Antaranya:

  1. Cara-cara pengendalian keselamatan computer
  2. Aplikasi Microsoft Power Point dalam P&P
  3. Pengenalan Blog

Tajuk: Cara-cara mengendalikan keselamatan computer

Penceramah: En. Nasri Azhar bin Nasir & En. Sik Ko Ma

Guru-guru didedahkan cara-cara menjaga keselamatan komputer. Keselamatan segi fizikal dan juga daripada serangan virus. Pelbagai jenis antivirus turut diperkenalkan dan cara-cara download software antivirus.


Tajuk: Pengenalan blog

Penceramah: En. Rashid bin Mat Yasin

Guru-guru telah didedahkan tentang bagaimana cara menghasilkan blog sendiri. Cara-cara menghasilkan blog telah dibagitau secara step by step. Ini termasuklah bagaimana Post entri, mengedit entri, insert gambar, muzik dan video dalam blog. Di samping itu, cara-cara link blog dengan blog-blog lain serta menghias blog agar kelihatan menarik, interaktif dan friendly user turut didedahkan.


Tajuk: Aplikasi Microsoft Power Point dalam P&P

Penceramah: En. Wan Adlan bin Wan Idris

Guru-guru secara amali telah diminta menghasilkan bahan P&P menggunakan Microsoft Power Point. Dalam kursus power point ini, aspek yang ditekankan adalah lebih kepada penggunaan hyperlink, insert gambar & video, edit videoclip dan insert bahan daripada internet.










Wednesday, August 5, 2009

Bila Sebenarnya Tarikh Medan Ilmu Sekolah di Tar?

Rasanya ramai kalangan pelajar tidak tau bila sebenarnya medan ilmu sekolah ditar. Betulkan?

Sebenarnya kerja-kerja men'tar’ medan ilmu ini telah dilakukan pada 25.4.2009 - Sabtu. Masa itu, pelajar dan guru sedang bercuti kat kampung.

Jom tengok gambar yang sempat dirakamkan. Kebetulan pada masa ini saya datang ke sekolah. Selesaikan kerja sedikit...

Ketika saya snap gambar ini, jam menunjukkan pukul 7.15 petang.








p/s - sekadar perkongsian dengan pelajar dan rakan-rakan guru..