Visi Sekolah

Saturday, July 14, 2012

Petua menguasai subjek sejarah

ermm camana agaknya nak bagi pelajar lebih memahami dan menguasai subjek sejarah? Pelbagai kaedah telah dan boleh digunakan oleh cikgu-cikgu.

Apa kaedahpun yang penting mesti berfokuskan kepada pelajar. Pelajar perlu lebih memainkan peranan ..

Berikut adalah salah satu kaedah yang boleh dipraktikkan. Pelajar diberi sub-sub tajuk secara berkumpulan. Mereka dibekalkan pen marker pelbagai warna dan kertas mahjong. Secara berkumpulan, bermula dari perbincangan, mencatat isi-isi penting dari buku teks dan melakar secara peta minda .. hasilnya pelajar didapati lebih mampu untuk menguasai isi-isi .. dan merekapun kelihatan agak seronok ...

Makin seronok apabila sesi pembentangan kumpulan ...

Tengok gaya, mereka boleh jadi cikgu atau pensyarah suatu hari nanti ..


p/s - walaupun peringkat awalnya ada pelajar agak gementar .. lama-lama 'alah bisa tegal biasa'. Mereka makin hebat .. dan yakin diri ..