Visi Sekolah

Tuesday, December 10, 2013

Visi dan Misi Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI


"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Logo Rasmi Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM



Maksud Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia



Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi­fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.



Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)






Monday, September 23, 2013

Kajian terkini .. Guru punca pelajar ponteng?






KUALA LUMPUR 19 Sept. - Personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor terpenting dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah, menurut kajian yang dijalankan Universiti Malaya (UM) dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling UM, Dr. Zahari Ishak berkata, keperibadian guru yang digemari pelajar akan meningkatkan minat serta menggalakkan golongan itu hadir ke sekolah.

"Guru memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini kerana secara amnya pelajar suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang garang, marah-marah, suka membebel dan teknik pengajaran membosankan menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.

"Terdapat juga guru yang mengajar dengan kurang efektif kerana menganggap kerjaya perguruan hanya sebagai pilihan untuk mendapatkan pekerjaan lebih terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran monograf bertajuk Senario Ponteng Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal bersama Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru, Dr. Low Suet Fin, di sini hari ini.



LEE Lam Thye bersama Zahari Ishak (dua dari kanan) dan Low Suet Fin (kiri) melihat buku dalam majlis pelancaran monograf bertajuk Senario Ponteng Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA



Dalam pada itu, Zahari berkata, antara faktor lain yang mendorong pelajar terlibat dalam gejala ponteng adalah persekitaran dalam dan luar sekolah, sistem pentadbiran sekolah yang tidak adil, sikap pelajar, keluarga dan rakan sebaya.

Dalam masa sama tambah beliau, hukuman ke atas pelajar yang ponteng sekolah perlu dikaji semula dengan mengambil kira kesan hukuman terhadap penularan gejala itu.

"Hukuman gantung atau buang sekolah selepas mengeluarkan surat amaran kepada golongan pelajar ini didapati tidak berkesan dan tidak sesuai.

"Hal ini kerana sistem ini seolah-olah memberi lesen secara rasmi kepada pelajar yang ponteng sekali gus harapan mereka untuk berada di luar sistem persekolahan telah tercapai dan akibatnya mereka berkemungkinan besar akan terlibat dalam permasalahan sosial," katanya.

Sementara itu, Lam Thye berkata, pihaknya telah mencetak 1,000 naskhah monograf untuk diedarkan kepada pihak-pihak berkaitan.

"Saya harap hasilan kajian ini akan digunakan sebagai maklum balas membina dan dapat membantu memperbaiki sistem pendidikan agar gejala ponteng dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan," jelasnya.

Tuesday, June 25, 2013

Keputusan eGTukar 2013



Pemberitahuan

Status Terkini:

Pemakluman

Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Sekian dimaklumkan.



Klik gambar di atas untuk besarkannya ..


wow!! tengok … betapa ramainya guru-guru yang mohon bertukar  ..

Juara negerinya ialah KELANTAN.  Guru yang mohon masuk ke Kelantan adalah yang paling ramai sekali iaitu 1854 orang manakala yang mohon keluar dari Kelantan hanya seramai 45 orang saja.

Naib Juaranya jatuh kepada negeri  Terengganu. Bilangan guru yang mohon masuk ialah seramai 1110 manakala yang mohon keluar seramai 138 orang.

ishhh ishhh .. apa bestnya KELANTAN dan TERENGGANU ek? Setiap tahun dan sesi, rasanya kedua-dua negeri inilah yang paling ramai sekali menjadi PUJAAN HATI para guru? 


Monday, June 10, 2013

Skema Sejarah Kertas 3 SPM



kan seronok jika pelajar-pelajar semua dapat masuk Universiti ..  berpakaian macam ini kat dewan kuliah .. 

Okey .. nampaknya pelajar dah tak sabar nak tau jawapan @ skema kepada soalan sejarah kertas 3 yang cikgu berikan sebagai contoh  dalam entri sebelum ini.

Untuk mendapatkan contoh skema soalan kertas 3 tersebut – pelajar boleh layari blog cikgu satu lagi iaitu  http://www.caknasejarah.blogspot.com 

kat blog sana, cikgu sertakan skema yang agak detail. Cikgu berikan dalam bentuk isi-isi. Pelajar perlu menghuraikannya dalam bentuk esei. Alaaa bukannya susah sangat kan. Tambah ayat sikit-sikit je. Pelajar boleh guna ayat pelajar sendiri atau guna je wacana penyambung ayat .. jadikannya satu ayat kemudian titik. Buat ayat balik kemudian titik. Buat ayat lagi .. lagi .. dan lagi. )

Selamat menjawab pelajar-pelajar kesayangan cikgu semua. Moga keputusan SPM nanti menjadi satu kegembiraan dan kepuasan kepada pelajar-pelajar semua.

Sunday, May 12, 2013

Keputusan SPM 2012 SMK Pahi .. Tahniah!!





Keputusan SPM 2012 telahpun keluar baru-baru ini. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Tahniah juga kepada para guru dan ibu bapa yang bertungkus lumus tak kenal erti kalah dalam mendidik dan memastikan kejayaan pelajar.

Pihak sekolah merakamkan kesyukuran kerana keputusan SPM 2012 kali ini telah meletakkan SMK Pahi di tangga 4 di peringkat PPD Kuala Krai.







NAMA SEKOLAH
BIL
CALON
LULUS (BM)
LULUS SEMUA MP
GPS
CALON
HADIR
BIL
%
BIL
%
SMK PAHI
142
135
133
98.52
81
60.00
4.93


BIL
NAMA PELAJAR CEMERLANG
BIL. A
1
Nur Laila Bt Mohd Nasir

9
2
Mohd Nasrul Iman Bin Zakaria
8
3
Nurwahida Bt Nafi

7
4
Wan Umi Salmie Bt Wan Ahmad
6
5
Nik Muhamad Arif Bin Nik Par
6
6
Nurul Asyikin Bt Mohd Yahaya
6
7
Munirah Adilah Bt Harif

5
8
Mohd Khairulniezam Mohd Abdullah
5
9
Mohd Mustaqim Bin Ismail

5
10
Hashbull Al Aqiem Bin Hashbullhaikael
5



























Jom kita tengok suasana pelajar mengambil keputusan SPM 2012 di Dewan Sri Najib .. betapa meriahnya ..










 Moga Keputusan SPM 2013 lagi terbaik .. insyaAllah ..