Visi Sekolah

Thursday, March 21, 2019

WEBINAR (WEB SEMINAR) KPM TAHUN 2019 - SPL KPM

Terbaru berkenaan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPL KPM)

Satu cara mudah untuk melengkapkan LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) semua guru adalah melalui penggunaan WEBINAR (WEB SEMINAR).

Berikut tatacara penggunaan WEBINAR KPM


Friday, March 15, 2019

Sekolah diberi kuasa sediakan soalan PT3 mulai tahun 2020

PUTRAJAYA: Mulai tahun hadapan, sekolah-sekolah menengah di seluruh negara diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengendali dan menyediakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Kuasa berkenaan juga membolehkan pentadbir sekolah menyediakan soalan-soalan item PT3 tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin, pada ketika ini soalan PT3 disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, namun pengurusan pengendalian PT3 dibuat di sekolah masing-masing.

“Namun, mulai 2020, PT3 ini kita akan serahkan sepenuhnya pengendalian dan (penyediaan) soalan item kepada pihak sekolah.

"Maknanya Lembaga Peperiksaan tidak akan terlibat dalam menyediakan item,” katanya dalam sidang media pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, guru-guru akan dilatih bagi penyediaan soalan PT3 dengan dibantu oleh Lembaga Peperiksaan.

“Ketika ini kita sedang melatih guru kita untuk menyediakannya. Namun bank-bank soalan berkaitan PT3 tetap ada dan boleh digunapakai,” ujar beliau lagi.

Sunday, March 10, 2019

PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional

APA ITU PLC?
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.







LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada 


·                     menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
·                     membina hubungan yang berkualiti
·                     mempunyai program yang sangat berfokus
·                     menggerakkan sumber-sumber sedia ada
·                     berkongsi kepimpinan

PRINSIP ASAS PLC
·                     memastikan pembelajaran murid
·                     budaya kolaborasi
·                     fokus kepada pencapaian




ENAM DIMENSI PLC
·                     Kongsi kepimpinan
·                     kongsi nilai dan visi
·                     pembelajaran kolektif dan aplikasi
·                     kongsi amalan peribadi
·                     struktur
·                     hubungan

STRATEGI PLC
PLC  berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:




Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi

·                     Lesson Study
·                     Peer Coaching
·                     Learning Walk
·                     Teacher Sharing Session
·                     Video Critique


Fail Penyelaras PLC Sekolah

Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah
1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
     - Tool kit (Borang)
     - Buku Panduan PLC

Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah
·                     Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
·                     Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN
·                     Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC
·                     Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
·                     Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.
·                     Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail untuk Lesson Study Sahaja.

Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang mahu kita menjalankannya mengikut jadual tertentu menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan berkongsi ilmu. 


Tugas Guru Selepas PLC dijalankan

1.            Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.