Showing posts with label PT3. Show all posts
Showing posts with label PT3. Show all posts
Wednesday, March 20, 2019
Friday, March 15, 2019
Sekolah diberi kuasa sediakan soalan PT3 mulai tahun 2020
PUTRAJAYA: Mulai tahun hadapan, sekolah-sekolah menengah di seluruh negara diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengendali dan menyediakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Kuasa berkenaan juga membolehkan pentadbir sekolah menyediakan soalan-soalan item PT3 tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin, pada ketika ini soalan PT3 disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, namun pengurusan pengendalian PT3 dibuat di sekolah masing-masing.
“Namun, mulai 2020, PT3 ini kita akan serahkan sepenuhnya pengendalian dan (penyediaan) soalan item kepada pihak sekolah.
"Maknanya Lembaga Peperiksaan tidak akan terlibat dalam menyediakan item,” katanya dalam sidang media pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia di sini pada Khamis.
Sehubungan itu, guru-guru akan dilatih bagi penyediaan soalan PT3 dengan dibantu oleh Lembaga Peperiksaan.
“Ketika ini kita sedang melatih guru kita untuk menyediakannya. Namun bank-bank soalan berkaitan PT3 tetap ada dan boleh digunapakai,” ujar beliau lagi.
Kuasa berkenaan juga membolehkan pentadbir sekolah menyediakan soalan-soalan item PT3 tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin, pada ketika ini soalan PT3 disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, namun pengurusan pengendalian PT3 dibuat di sekolah masing-masing.
“Namun, mulai 2020, PT3 ini kita akan serahkan sepenuhnya pengendalian dan (penyediaan) soalan item kepada pihak sekolah.
"Maknanya Lembaga Peperiksaan tidak akan terlibat dalam menyediakan item,” katanya dalam sidang media pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia di sini pada Khamis.
Sehubungan itu, guru-guru akan dilatih bagi penyediaan soalan PT3 dengan dibantu oleh Lembaga Peperiksaan.
“Ketika ini kita sedang melatih guru kita untuk menyediakannya. Namun bank-bank soalan berkaitan PT3 tetap ada dan boleh digunapakai,” ujar beliau lagi.
Tuesday, July 8, 2014
Soal Jawab Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bersama Tokoh Pendidikan
Mukkadimah
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
adalah satu daripada komponen di bawah PBS yang diperkenalkan untuk
menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai salah satu usaha kerajaan
memansuhkan sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan.
Menerusi PT3, kreativiti para
pelajar akan dapat dikembangkan melalui penilaian berterusan di sekolah
berbanding dengan sistem peperiksaan sebelum ini.
Dalam wawancara Wartawan Utusan
Malaysia, FITRI AFFENDI MUSTAFA bersama tokoh pendidikan, TAN SRI DR. ABDUL
RAHMAN ARSHAD (gambar), beliau yakin sistem baharu itu dapat meningkatkan tahap
berfikir dan kreativiti para pelajar di negara ini.
UTUSAN: Kenapa perlu perkenal PBS?
Ada mana-mana negara yang sudah melaksanakan PBS dan bukan peperiksaan
bersepadu seperti sebelum ini?
ABDUL RAHMAN: PBS merupakan satu
langkah yang baik oleh kerajaan kerana cara peperiksaan sebelum ini
pelajar-pelajar hanya dibekalkan dengan pensel untuk menjawab soalan. Jika
negara kita mahu melahirkan masyarakat yang kreatif, kita perlu mengubah minda
pelajar-pelajar dengan menerapkan nilai perbincangan serta berfikir dan bukan hanya
sekadar meneka jawapan sahaja.
Kita jangan hanya mengambil kira
mengenai kurikulum semata-mata tetapi juga dalam aspek kokurikulum. Jika kita
hendak melahirkan masyarakat pemikir dan kreatif, kerajaan perlu menggalakkan
para pelajar untuk berbincang dan perkara ini hanya boleh dilakukan di sekolah.
Kita mahu para pelajar dapat berbincang dengan para penilai serta tidak mahu
pelajar-pelajar yang hanya menjawab soalan seperti sistem sebelum ini. Jadi,
kita mesti mengubah minda pelajar-pelajar supaya lebih berfikir. Sebenarnya
sistem seperti ini (PBS) sudah banyak dilaksanakan di negara lain. Malah, ini
juga bukan perkara baharu di seluruh negara kerana sebelum ini juga sudah ada
ujian bulanan dan tahunan dijalankan.
Sistem pendidikan kita sering
dikritik kononnya tidak cukup bagus berbanding negara jiran, Singapura dan
Indonesia dalam melahirkan pelajar yang berfikiran kritis. Adakah PBS
jawapannya?
Ya. Melalui PBS dapat melahirkan
para pelajar yang berfikir, proaktif dan kreatif disebabkan dahulu pelajar-pelajar
kurang berfikir apabila mereka lebih banyak meneka jawapan. Mereka hanya perlu
menanda jawapan peperiksaan yang dilihat tidak menggalakkan mereka berfikir.
Sebagai contoh, dalam PBS ini, akan menggalakkan para pelajar untuk berbincang.
Jadi, jika hendak berbincang mereka perlu ada ilmu pengetahuan dan nak dapat
pengetahuan itu pula mereka perlu mencarinya. Jadi, PBS mempunyai semua perkara
itu.
Apakah kebaikan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3)?
Pelajar-pelajar harus diuji setiap
waktu. Ini kerana pengetahuan pelajar semakin bertambah dan mereka perlu
mendapat pengetahuan yang sesuai pada setiap waktu dan bukan hanya di peringkat
tingkatan tiga.
Oleh itu, melalui PT3, guru-guru
dapat menilai pelajar sejak awal. Sebagai contoh, pelajar yang baik, kita dapat
tingkatkan lagi prestasi mereka. Sementara yang kurang baik kita boleh bantu
mereka. Jika tiada penilaian sejak awal, kita tidak akan tahu yang mana pelajar
baik dan kurang baik. Guru-guru pula sentiasa mengajar tetapi kita tidak tahu
sejauh mana kebolehan para pelajar. Melalui penilaian ini (PT3), guru-guru akan
dapat tahu kelebihan serta kekurangan pelajar-pelajar agar kita dapat memajukan
pelajar supaya lebih baik serta membimbing mereka yang kurang baik.
Mengapa perlu diwujudkan PT3?
Objektif kerajaan adalah untuk
melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Jika kita mahukan ini, kita
mesti mencipta sesuatu yang baharu. Kita tidak boleh mencipta sesuatu perkara
baharu jika pelajar tidak boleh berfikir. Hendak berfikir mesti ada
perbincangan dan kajian dan ini perubahan yang sedang dilakukan. Kita mahu
melahirkan masyarakat yang kreatif dan perkara itu tidak akan berlaku jika
mereka tidak boleh berfikir. Sekolah membekalkan ilmu pengetahuan, tetapi
kejayaan kita ialah dengan menggalakkan para pelajar untuk berfikir dengan
mengadakan perbincangan.
Apa kelebihan PT3 berbanding PMR
sebelum ini?
PMR banyak menumpukan peperiksaan
apabila para pelajar hanya memilih jawapan betul atau tidak betul dengan
pilihan yang diberikan. Sementara PT3, kita mahu menggalakkan pelajar-pelajar
untuk berbincang dan berfikir. PMR, mereka hanya tanda jawapan yang betul.
Dalam PT3, mereka akan berbincang dan menilai sesuatu tajuk. Perkara ini dapat
menilai tahap kebolehan pemikiran para pelajar.
Apakah kelebihan PT3 dalam membentuk
sahsiah pelajar?
PT3 bukan sahaja berkesan dalam
meningkatkan kemahiran akademik pelajar, malah sistem ini juga memberi nilai
tambah kepada bidang kokurikulum mereka sebagai perimbangan yang sempurna.
Sistem ini juga membantu jati diri
dan sikap mereka secara keseluruhan. Kesimpulannya, PT3 bersikap holistik dalam
memanfaatkan golongan pelajar di negara ini.
Melalui penilaian ini (PT3),
guru-guru akan dapat tahu kelebihan serta kekurangan pelajar-pelajar agar kita
dapat memajukan pelajar supaya lebih baik serta membimbing mereka yang kurang
baik.
Bagaimana PT3 dapat membantu
guru-guru menilai potensi para pelajar?
PT3 dapat memberi peluang kepada
guru-guru untuk menilai potensi sebenar para pelajar mereka melalui penilaian
yang dijalankan secara berterusan di sekolah.
Daripada situ, guru-guru dapat
membantu meningkatkan tahap pencapaian akademik para pelajar mereka yang lemah
sejak awal melalui sistem penilaian yang dijalankan secara berterusan. Perkara
ini bermakna, guru-guru akan dapat mengesan potensi dan kekurangan yang
terdapat dalam para pelajar mereka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140701/pe_02/PBS-PT3-asuh-pelajar-berbincang-berfikir-lebih-kreatif#ixzz36pSuzNyA
© Utusan Melayu (M) Bhd ARKIB : 01/07/2014
Tuesday, April 1, 2014
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih diteruskan dengan tiga
penambahbaikan berkuatkuasa 1 April.
1.
Pertama, Dokumen
Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid sekaligus menyelesaikan masalah guru terikat dengan bilangan pernyataan
deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Sedangkan Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid hanya berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran
yang perlu dikuasai oleh murid.
2.
Kedua, Guru tidak lagi perlu mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS) secara online. Sebaliknya, guru boleh merekodkan perkembangan
pembelajaran secara offline. Menerusi PBS baru 2014 juga, peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga akan digantikan dengan Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3).
3.
Ketiga, guru tidak
lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit
yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar golongan berkenaan. Di mana perekodan perkembangan pembelajaran
murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru selepas ini.
Cara
Pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
1.
Bermula tahun 2014, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
2.
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan di peringkat
sekolah
3.
Tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3
seperti Peperiksaan Menengah RendaH (PMR) sebelum ini
4.
Sistem Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pihak sekolah akan
mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan
instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan (LP).
5.
LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan
moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan
6.
Mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen
pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan
7.
Mata pelajaran Sains,
Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban
dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja
8.
Mata pelajaran Sejarah
dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan
bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes
Cara Kemasukan ke SBP, MRSM, SMKA, SMT, Vokasional Berdasarkan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
§ Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah
Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional akan ditentukan berdasarkan keputusan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) & juga Ujian
Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan
murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka
§ Pihak sekolah akan memaklumkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3) seseorang pelajar pada akhir tahun, pelajar boleh mohon slip keputusan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh
contohnya.
Sunday, March 23, 2014
Thursday, March 20, 2014
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN
TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)
18 March 2014
Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS
merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik)
terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran
iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain
itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan
semata-mata.
Jemaah
Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula
dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan
sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun,
pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS
dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini
adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan
kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer
berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti
bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan
kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan
ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada
rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan
segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran
dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan
beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta
beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu
dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.
Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan
kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati
terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.
Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang
menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan
evidens yang banyak.
Bagi
menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru
mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema,
tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru
seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian
dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid tersebut.
Guru
boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah
mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu
bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data
dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi
ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah
boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.
Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail
Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi
menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan
Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan
mengikut kesesuaian masa guru.
Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS
(SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang
lama.
Oleh
kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara
otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan
merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.
Bagi
memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak
perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti
sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara
offline.
Menerusi
PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan
digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan
berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata
pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam,
Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa
Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata
pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai
instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test),
projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).
Melalui
PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap
pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang
setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan
pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi
sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi
ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa
ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui
bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang
disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi)
pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan
markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.
PT3
ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke
tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke
sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan
pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
Untuk
memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan
dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci
tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan
adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran.
Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep
pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan
kemahiran guru memeriksa jawapan murid.
Penambahbaikan
PBS akan di laksanakan mulai April 1.
Muat Turun
|
Wednesday, March 19, 2014
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 GANTI PMR 2014
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) DIGANTIKAN PENTAKSIRAN TING. 3
MULAI TAHUN 2014
MULAI TAHUN 2014
Kementerian Pendidikan akan
menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah untuk pelajar Tingkatan 3
dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang hanya dilaksanakan di peringkat
sekolah.
Pengenalan PT3 ini
dibuat dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditambahbaik
berkuatkuasa 1 April 2014.
Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, melalui PT3 pihak sekolah akan
mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan
instrumen dan panduan peraturan penskoran setara (standardise) disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan.
"Walaupun PMR
digantikan dengan PT3, tarikah peperiksaan tetap masih ada seperti yang
dirancang dalam PBS lama. Lembaga Peperiksaan tetap akan menyediakan
soalan-soalan dan diletakkan di dalam 'bank soalan' yang pelbagai dari soalan
mudah hingga sukar.
"Pemilihan soalan
digunakan melalui PT3 juga perlu pelbagai dalam memastikan semua jenis soalan
akan digunakan sekolah-sekolah bagi memastikan kualiti pentaksiran dibuat
terhadap pelajar Tingkatan 3,'' katanya pada sidang media penambahbaikan PBS di
Parlimen pada hari ini.
PT3 bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.
Mata pelajaran Sains,
Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup,Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa
Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun menggunakan pentaksiran bertulis
sahaja.
Manakala, mata
pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksirkan menggunakan pelbagai
instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau
kajian kes.
Dalam masa yang sama,
Lembaga Peperiksaan dan pentaksir luar yang dilantik lembaga akan melaksanakan
moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Muhyiddin berkata,
moderasi adalah proses menyelaras markah diberi beberapa orang pemeriksa ke
atas hasil kerja pelajar bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui
bersama.
"Persetujuan ini
adalah berdasarkan peraturan permarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur
untuk memastikan konsistensi pemberian markah anatara pemeriksa.
"Verifikasi pula
ialah proses mengesahkan markah yang diperoleh pelajar adalah layak diterima,''
jelasnya.
Tambah Muhyiddin, PT3
juga digunakan sebagai asas menentukan kemasukan murid-murid Tingkatan 4 sama
ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan
Kolej Vokasional.
Katanya, selain PT3,
kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi
memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan
minat mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)









