Visi Sekolah

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Perutusan Khas Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Hari Guru 2011


“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

Salam 1 Malaysia,

Di zaman sekolah dahulu, Hari Guru adalah hari yang saya nanti-nantikan. Pengorbanan guru-guru kepada saya amat saya sanjungi. Saya pasti anda juga mempunyai perasaan yang sama.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang sentiasa ikhlas mencurahkan ilmu dan bakti tanpa mengenal penat lelah. Harapan saya semoga anda meneruskan perjuangan kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak didik kita. Semoga mereka bakal memimpin negara kelak untuk kegemilangan semua. Saya doakan agar anak-anak kita penuh dengan ilmu di dada, kaya dengan agama, adat dan budaya.

Saya amat berbesar hati jika kita dapat saling berhubung dan mengeratkan lagi silaturrahim. Hubungi saya pada bila-bila masa sahaja di laman Twitter (@NajibRazak), laman facebook (Najib Razak) & juga emel peribadi najib@1Malaysia.com.my

Selamat Hari Guru! Terima kasih atas perjuangan yang tidak ternilai.

Ikhlas daripada;

Najib Razak

16 Mei 2011

Monday, June 28, 2010

Peranan Guru dalam Pelaksanaan NKRA


Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang turut meliputi bidang pendidikan. Banyak yang telah disentuh mengenai intipati kepada sub-NKRA dalam pendidikan.


Jom kita baca sepintas lalu mengenai peranan guru dalam pelaksanaan NKRA yang saya rasakan sangat menarik untuk kita renungi bersama.


Berikut saya petik antara ucapan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ( disiar dalam Majalah Pendidik, Jun 2010)


“Setiap guru sewajarnya melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan menampilkan ciri-ciri seperti bersikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja, bermoral teguh, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa, berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid, melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa …”



“Setiap guru juga perlu menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa, memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas, berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh, berupaya membina minda pelajar yang cemerlang, berupaya membentuk perwatakan murid yang berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu, taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya, bebas pendirian, profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.”

Monday, January 4, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru dari Pihak Pentadbir kepada Semua Warga Pendidik dan Staf SMK Pahi.


Moga tahun baru ini dapat berikan kita semangat baru untuk terus bangkit dan melangkah gagah sebagai seorang pendidik. Semangat untuk mengubah hari-hari biasa kepada suasana yang penuh warna-warni, penuh keceriaan, kegembiraan dan kejayaan. Semangat untuk memanusiakan pelajar menjadi modal insan yang cemerlang demi agama, keluarga, bangsa dan negara.


"Keikhlasan mendidik akan berikan kita ketenangan dan kedamaian ..."