Visi Sekolah

Monday, July 18, 2011

Majlis Perpisahan Tn. Hj. Azmi bin Iberahim (PK HEM)


Tarikh 28.6.2011 – satu tarikh dan detik yang amat menyentuh hati bagi warga SMK Pahi. Tarikh tersebut satu tarikh di mana warga SMK Pahi terpaksa melepaskan seorang guru yang sangat dikasihi oleh semua warga sekolah, baik rakan-rakan guru, para pelajar mahupun staf sokongan. Guru tersebut ialah Tn. Hj. Azmi bin Iberahim.

Tn. Hj. Azmi bin Iberahim merupakan seorang guru yang sangat komitmen akan tugasnya sebagai PK HEM. Walaupun menanggung beban tugas yang sangat tinggi, beliau tetap menunjukkan sikap profesionalnya. Sentiasa ceria dan cool ..

Tn. Hj. Azmi bin Iberahim bertukar ke SMK SYP 2 kerana telah dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran. Walaupun hatinya amat berat meninggalkan SMK Pahi namun demi tugas dan tanggungjawabnya beliau terpaksa berangkat jua ke sekolah baru iaitu SMK SYP 2.

Bagi warga SMK Pahi .. kami benar-benar kehilangan ..

Apapun kami sentiasa mendoakan Tn. Hj. Azmi bin Iberahim sentiasa sihat, gagah perkasa dan ceria dalam melaksanakan tugas barunya ..

Salam pelukan yang menjadi amalannya akan sentiasa menjadi kenangan indah ..























Monday, June 13, 2011

Lawatan Muhibbah dari SMK Keladi, Kulim Kedah

Baru-baru ini, iaitu pada 18 Mei 2011, SMK Pahi telah dilawati oleh satu rombongan muhibbah dari SMK Keladi, Kulim Kedah. Rombongan tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru tingkatan 6. Tujuan lawatan diadakan untuk melihat persekitaran sekolah, perbincangan dan perkongsian ilmu khususnya mengenai kurikulum, kelas dan program pelajar tingkatan 6.

Lawatan Muhibbah yang diadakan ini begitu baik sekali. Kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pandangan baik dari segi perkongsian kurikulum dan kokurikulum pelajar-pelajar tingkatan 6.










Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak SMK Keladi untuk datang melawat sekolah ini. Moga kehadiran rombongan SMK Keladi ini dapat menambahbaikan dan memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas tingkatan 6. Di samping itu, lawatan ini juga diharap dapat memberi peluang kepada para pelajar dari kedua-dua belah pihak untuk berkongsi pandangan, kejayaan dan petua kecemerlangan akademik.

Sunday, June 5, 2011

Gotong-royong membersihkan makmal sekolah

Dalam masa guru-guru dan pelajar sedang bercuti, pihak jawatankuasa makmal telah mengambil peluang mengadakan gotong-royong membersihkan makmal sekolah. Di samping membersihkan segala habuk, segala bahan-bahan lama yang sudah tidak dipakai lagi juga telah dilupuskira. Bahan-bahan dan segala sumber peralatan makmal juga telah disusun kembali agar nampak kemas dan senang untuk digunakan apabila sekolah buka nanti.

Jom kita terjah ..



Add Image















Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program gotong-royong ini. Sesungguhnya kerja buat kita semua ini hanya Allah s.w.t bisa membalasnya.