Saturday, July 14, 2012
Petua menguasai subjek sejarah
Saturday, April 14, 2012
Program 'Bicara Ayahanda Ibunda bersama pelajar target SPM 2012'

Baru-baru ini, satu perjumpaan antara pihak pentadbir dengan pelajar-pelajar target SPM telah diadakan di bilik Wawasan. Program ‘Bicara Ayahanda Ibunda bersama pelajar target’ adalah salah satu program kecemerlangan akademik yang diadakan secara berkala. Program kecemerlangan ini disusun di mana pihak pentadbir – Tuan Pengetua, semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan bersemuka dengan pelajar-pelajar target SPM. Dalam pertemuan ini, analisis pencapaian dan kedudukan semasa pelajar target akan disentuh. Pelajar turut diberi motivasi dan kata-kata semangat oleh pihak pentadbir. Program yang dipengerusikan oleh Tn. Pengetua ini berlangsung dalam keadaan santai. Kesemua pelajar juga diberi peluang untuk berbicara apa saja tentang diri, kehendak, masalah pembelajaran yang dihadapi dan akademik mereka.
Dalam program ini, semua pelajar target juga diberi satu salinan HC3 – tentang tahap pencapaian semasa (TOV) dan target (ETR) yang harus diperolehi oleh mereka. Setiap pelajar turut disentuh mengenai kekuatan dan kelemahan, serta peluang (SWOT Analisis) yang ada pada diri mereka.
Pihak sekolah berharap, kesemua pelajar target ini mampu dan akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. InsyaAllah …
Thursday, February 23, 2012
Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M
Markah diberi berdasarkan:
Sepanduk = 40%
Keseragaman = 30%
Disiplin perbarisan = 30%
Sepanjang perarakan, pelajar dan warga telah sama-sama berselawat ke atas junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w.
Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Tok Imam dari Masjid Bandar Tengku Faris Petra, Kuala Krai.
Acara diakhiri dengan selawat dan seterusnya makan … seekor lembu telah dikorbankan sempena sambutan Maulidur Rasul ini. Semua warga sekolah termasuk pelajar bersama-sama bergotong royong memotong, memasak .. seterusnya nyumm nyumm gulai daging lembu ..
Jom kita terjah melalui rakaman gambar-gambar ..



al-ustaz sedang memberi ceramah .
PBSM muncul sebagai johan keseluruhan perarakan
Mustaqim 5A1 (Penolong Ketua Pelajar / Pengawas) dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul









