Visi Sekolah

Monday, May 6, 2013

Contoh soalan dan skema Sejarah kertas 3 SPM



open book test .. boleh rujuk pelbagai sumber ..

Salam semua .. minggu ini pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun / PKBS 2. Moga pelajar semua tenang dan ‘tak sabar’ nak menguji keupayaan dan kebersediaan pelajar semua okey.

Okeylah, dii sini cikgu nak berikan satu contoh Tugasan Kertas 3 Sejarah SPM.

Sebenarnya banyak soalan yang sering pelajar tanya kat cikgu ..  berkenaan Sejarah Kertas 3 ini. Nampaknya masih ramai pelajar yang tak faham atau faham tapi masih samar-samar.

Sebagaimana yang pelajar sedia maklum, tugasan kertas 3 akan diberikan satu bulan awal sebelum peperiksaan sebenar. Maksud cikgu di sini, cikgu-cikgu pelajar sekalian sepatutnya dah berikan tugasan berdasarkan TEMA  UMUM sebagaimana di bawah sebulan awal sebelum pelajar-pelajar diberikan soalan sebenar pada hari peperiksaaan.


Contoh:

Tugasan untuk calon
SOALAN SEBULAN SEBELUM PEPERIKSAAN

Tema 10.1: Kemunculan dan Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Berdasarkan tajuk di atas ;


  • Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.

  • Pada hari peperiksaan, calon hanya dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah dan risalah sahaja ke dalam dewan / bilik peperiksaan.

  • Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

Soalan PEPERIKSAAN SEBENAR akan diberikan pada hari peperiksaan

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------  


Manakala pada hari peperiksaan, pelajar-pelajar akan diberikan soalan sebenar yang merangkumi 8 konstruk. Dengan kata lain, pelajar-pelajar akan diberikan 8 soalan berdasarkan tema yang diberi. Markah penuhnya sudahpun dinyatakan di sebelah.

Semasa menjawab soalan ini, pelajar harus bijak menghuraikannya. Oh ya buat dalam bentuk esei. Jangan buat point-point okey.

Biasanya 3 soalan pertama, jawapannya sudahpun ada dalam buku teks. so .. jeng jeng jeng .. apa lagi. Tengok dan carilah jawapannya!! hehe

SOALAN HARI PEPERIKSAAN:

Tema 10.1: Kemunculan dan Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Soalan: Huraikan kemunculan dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara dan menghubungkaitkannya dengan pencapaian negara kita pada hari ini

Peringatan;

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.




Format Perincian Markah penuh
Pengenalan 1.Pengenalan
Jelaskan maksud nasionalisme di Asia Tenggara

5 markah
Isi dan huraian 2. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara

30 markah

3. Huraikan perkembangan nasionalisme di Filipina dan Thailand

15 markah

4. Bagaimanakah semangat nasionalisme dapat dimanfaatkan bagi mengukuhkan kedaulatan negara

15 markah

5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil daripada semangat nasionalisme di kalangan rakyat

10 markah

6.
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara (5 markah)
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas  (5 markah)

10 markah

7. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada semangat nasionalisme demi mengekalkan kedaulatan negara kita

10 markah
Kesimpulan8. Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh.
Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara.
Harapan untuk mengekal serta mengisi kemerdekaan negara.

5 markah































































Monday, March 11, 2013

Sistem Saraan Transformatif (SST)


PERDANA Menteri, Najib Tun Razak bergurau dengan Omar Osman pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) bertemakan "Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020" di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini. - BERNAMA


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:
  1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
  2. 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
  3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
  4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  6. Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
  7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";
  9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Sumber dari sinar harian.



Saturday, March 2, 2013

Kursus Pembinaan Pengawas Sekolah 1 2013



Pada 2 Mac 2013 (Sabtu), seramai 50 orang pengawas di bawah guru pengawas, cikgu Wan Roslina dan cikgu Abdulllah Zawai telah mengikuti kursus pembinaan blog. Kursus ini telah disampaikan oleh cikgu rashid (GKSS) dan cikgu rozafarin (Guru Disiplin).  

Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan cara pembinaan blog secara langkah demi langkah. Bermula dengan langkah pembinaan email, kemudian menulis entri dan mengupload gambar.

Secara umumnya, pelajar-pelajar telah berjaya menghasilkan blog pada dasarnya. Cuma pelajar harus mendalaminya dengan lebih mendalam seandainya ingin menjadikan blog masing-masing lebih menarik.

Dalam menjadikan blog lebih menarik dan nampak ‘hidup’, pelajar harus pandai menghiasinya. InsyaAllah cara menghiasi dan menghasilkan blog yang lebih menarik akan diadakan pada kursus yang akan datang.

Apapun tahniah kepada pelajar semua kerana berjaya mengikuti kursus pembinaan  blog dengan jayanya.

Jom kita terjah gambar-gambar pelajar yang terlibat dengan kursus ..