“Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.”
“Cikgu syid.. Saya lupa nak bagi gambar Hari Guru yang saya ambil baru-baru ini" “Okey. Tak apa. Adake?” “Ni saya dah bawa External Hard Disk. Cikgu syid nak masuk dalam blog sekolah kan?” “Iya. Nanti saya masukkan”
Jom kita layan gambar sepanjang hari guru baru-baru ini … zaassssssssss
Selamat Hari Guru untuk semua guru di SMK Pahi dan seluruh Malaysia. Moga kita semua menjadi guru yang cemerlang demi agama, bangsa dan negara.
Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razakmelancarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang turut meliputi bidang pendidikan. Banyak yang telah disentuh mengenai intipati kepada sub-NKRA dalam pendidikan.
Jom kita baca sepintas lalu mengenai peranan guru dalam pelaksanaan NKRA yang saya rasakan sangat menarik untuk kita renungi bersama.
Berikut saya petik antara ucapan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ( disiar dalam Majalah Pendidik, Jun 2010)
“Setiap guru sewajarnya melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan menampilkan ciri-ciri seperti bersikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja, bermoral teguh, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa, berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid, melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa …”
“Setiap guru juga perlu menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa, memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas, berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh, berupaya membina minda pelajar yangcemerlang, berupaya membentuk perwatakan murid yang berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu, taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya, bebas pendirian, profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.”
Satu perkhemahan unit-unit beruniform SMK Pahi telah berjaya diadakan pada 6 – 8 Mei 2010. Seramai lebih 240 orang pelajar dari 7 unit beruniform masing-masing telah menyertai perkhemahan ini. Unit Uniform yang terlibat ialah Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Bomba, Briget Bakti, Puteri Islam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
Selain daripada guru yang bertindak sebagai urusetia dan AJK program perkhemahan ini, para pelajar tingkatan 6 seramai 22 orang juga telah dilibatkan sebagai pembantu urusetia kepada guru.
Antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan ialah Aktiviti Pandu Arah / Kompas, Kemahiran ikatan tali, Senaman Malaysia Cergas, Tarian Poco-Poco, Kem Kraf, Aktivti Jalan Lasak, Merempuh Halangan, Mendaki menggunakan tali, Menyeberangi Sungai, Ikhtiar Hidup, Menjala Ikan, Sukaneka, Pertandingan Memasak dan Persembahan Kebudayaan.
Antara objektif Perkhemahan:
1. Meningkatkan disiplin dan motivasi di kalangan pelajar ke arah kecemerlangan diri.
2. Membentuk pelajar agar mempunyai jati diri, bersahsiah dan berperawakan yang menarik.
3. Meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar.
4. Memupuk semangat perpaduan dan rasa bangga sebagai warga sekolah.
5. Mendedahkan kemahiran berorganisasi dan pengurusan kepada AJK pelajar yang bertindak sebagai urusetia/fasilitator sepanjang perkhemahan.
Jom kita tengok gambar sepanjang aktiviti perkhemahan berlangsung.
Zaassssss ..
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama kepada pihak AJK Induk dan AJK kerja.
Kepada semua guru, jasa dan tunjuk ajar sepanjang perkhemahan adalah satu amalan yang sangat mulia.
Kepada semua pelajar yang menyertai perkhemahan, moga ianya dapat memberikan pelajar suatu pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunapakai pada suatu hari nanti.
Kepada urusetia pelajar Tingkatan 6, jadikan segalanya sebagai ilmu untuk merancang dan mengurus sesuatu program.