Visi Sekolah

Sunday, May 15, 2011

Perutusan Khas Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Hari Guru 2011


“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

Salam 1 Malaysia,

Di zaman sekolah dahulu, Hari Guru adalah hari yang saya nanti-nantikan. Pengorbanan guru-guru kepada saya amat saya sanjungi. Saya pasti anda juga mempunyai perasaan yang sama.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang sentiasa ikhlas mencurahkan ilmu dan bakti tanpa mengenal penat lelah. Harapan saya semoga anda meneruskan perjuangan kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak didik kita. Semoga mereka bakal memimpin negara kelak untuk kegemilangan semua. Saya doakan agar anak-anak kita penuh dengan ilmu di dada, kaya dengan agama, adat dan budaya.

Saya amat berbesar hati jika kita dapat saling berhubung dan mengeratkan lagi silaturrahim. Hubungi saya pada bila-bila masa sahaja di laman Twitter (@NajibRazak), laman facebook (Najib Razak) & juga emel peribadi najib@1Malaysia.com.my

Selamat Hari Guru! Terima kasih atas perjuangan yang tidak ternilai.

Ikhlas daripada;

Najib Razak

16 Mei 2011

Wednesday, April 13, 2011

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 "Jom Masuk U"

Terlupa nak entri ..

Baru-baru ini pelajar-pelajar tingkatan 6 telah mengadakan lawatan sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 .. bertemakan Jom Masuk U ..

Moga pelajar-pelajar tingkatan 6 ini makin bersemangat untuk belajar .. seterusnya mencapai impian ke Universiti ..

Jom kita tengok gambar – terserlah perasaan suka dan keceriaan di wajah-wajah mereka ..

Pihak sekolah dan guru-guru mendoakan kejayaan anda semua.








Thursday, February 24, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011

Pada 19 Februari lalu, Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan. Bertemakan “1 Malaysia 1 Ummah” majlis ini telah disambut dengan meriah sekali.

Antara objektif sambutan:

  1. Mengambil pengajaran daripada sirah Rasulullah s.a.w
  2. Menghayati cara hidup Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian.
  3. Membudayakan majlis ilmu dalam kehidupan warga sekolah.
  4. Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah.

Antara pengisian program sempena sambutan ini ialah Pertandingan perarakan badan unit-unit beruniform sekolah. Semua unit beruniform telah mengambil bahagian, iaitu Puteri Islam, Kadet Polis, Briged Bakti, PBSM, Kadet Bomba, KRS dan JPA3.

Di samping itu, ceramah Maulidur Rasul turut disampaikan oleh Ustaz Rasidi bin Yasin, Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk, “Menghayati Sirah Rasulullah S.A.W”.

Jom layan gambar yang sempat dirakamkan ..









Korban seekor lembu ..




Guru-guru smart bergaya


Pengetua diapit oleh Ustaz Rasidi dan Tn Hj. Yunus, wakil dari Pej. Pendidikan Daerah K. Krai

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.