Visi Sekolah

Monday, September 23, 2013

Kajian terkini .. Guru punca pelajar ponteng?






KUALA LUMPUR 19 Sept. - Personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor terpenting dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah, menurut kajian yang dijalankan Universiti Malaya (UM) dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling UM, Dr. Zahari Ishak berkata, keperibadian guru yang digemari pelajar akan meningkatkan minat serta menggalakkan golongan itu hadir ke sekolah.

"Guru memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini kerana secara amnya pelajar suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang garang, marah-marah, suka membebel dan teknik pengajaran membosankan menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.

"Terdapat juga guru yang mengajar dengan kurang efektif kerana menganggap kerjaya perguruan hanya sebagai pilihan untuk mendapatkan pekerjaan lebih terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran monograf bertajuk Senario Ponteng Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal bersama Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru, Dr. Low Suet Fin, di sini hari ini.



LEE Lam Thye bersama Zahari Ishak (dua dari kanan) dan Low Suet Fin (kiri) melihat buku dalam majlis pelancaran monograf bertajuk Senario Ponteng Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA



Dalam pada itu, Zahari berkata, antara faktor lain yang mendorong pelajar terlibat dalam gejala ponteng adalah persekitaran dalam dan luar sekolah, sistem pentadbiran sekolah yang tidak adil, sikap pelajar, keluarga dan rakan sebaya.

Dalam masa sama tambah beliau, hukuman ke atas pelajar yang ponteng sekolah perlu dikaji semula dengan mengambil kira kesan hukuman terhadap penularan gejala itu.

"Hukuman gantung atau buang sekolah selepas mengeluarkan surat amaran kepada golongan pelajar ini didapati tidak berkesan dan tidak sesuai.

"Hal ini kerana sistem ini seolah-olah memberi lesen secara rasmi kepada pelajar yang ponteng sekali gus harapan mereka untuk berada di luar sistem persekolahan telah tercapai dan akibatnya mereka berkemungkinan besar akan terlibat dalam permasalahan sosial," katanya.

Sementara itu, Lam Thye berkata, pihaknya telah mencetak 1,000 naskhah monograf untuk diedarkan kepada pihak-pihak berkaitan.

"Saya harap hasilan kajian ini akan digunakan sebagai maklum balas membina dan dapat membantu memperbaiki sistem pendidikan agar gejala ponteng dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan," jelasnya.

Tuesday, June 25, 2013

Keputusan eGTukar 2013



Pemberitahuan

Status Terkini:

Pemakluman

Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Sekian dimaklumkan.



Klik gambar di atas untuk besarkannya ..


wow!! tengok … betapa ramainya guru-guru yang mohon bertukar  ..

Juara negerinya ialah KELANTAN.  Guru yang mohon masuk ke Kelantan adalah yang paling ramai sekali iaitu 1854 orang manakala yang mohon keluar dari Kelantan hanya seramai 45 orang saja.

Naib Juaranya jatuh kepada negeri  Terengganu. Bilangan guru yang mohon masuk ialah seramai 1110 manakala yang mohon keluar seramai 138 orang.

ishhh ishhh .. apa bestnya KELANTAN dan TERENGGANU ek? Setiap tahun dan sesi, rasanya kedua-dua negeri inilah yang paling ramai sekali menjadi PUJAAN HATI para guru? 


Monday, June 10, 2013

Skema Sejarah Kertas 3 SPM



kan seronok jika pelajar-pelajar semua dapat masuk Universiti ..  berpakaian macam ini kat dewan kuliah .. 

Okey .. nampaknya pelajar dah tak sabar nak tau jawapan @ skema kepada soalan sejarah kertas 3 yang cikgu berikan sebagai contoh  dalam entri sebelum ini.

Untuk mendapatkan contoh skema soalan kertas 3 tersebut – pelajar boleh layari blog cikgu satu lagi iaitu  http://www.caknasejarah.blogspot.com 

kat blog sana, cikgu sertakan skema yang agak detail. Cikgu berikan dalam bentuk isi-isi. Pelajar perlu menghuraikannya dalam bentuk esei. Alaaa bukannya susah sangat kan. Tambah ayat sikit-sikit je. Pelajar boleh guna ayat pelajar sendiri atau guna je wacana penyambung ayat .. jadikannya satu ayat kemudian titik. Buat ayat balik kemudian titik. Buat ayat lagi .. lagi .. dan lagi. )

Selamat menjawab pelajar-pelajar kesayangan cikgu semua. Moga keputusan SPM nanti menjadi satu kegembiraan dan kepuasan kepada pelajar-pelajar semua.