Thursday, February 23, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M

PUTERI ISLAM

Pada 14 Februari – pihak Sekolah melalui Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Kokurikulum telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M. Pelbagai acara diadakan sempena sambutan, termasuklah pertandingan perarakan unit-unit beruniform sekolah. Semua unit beruniform telah mengambil bahagian dalam perarakan. Tema sambutan kali ini ialah, “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.

Markah diberi berdasarkan:

Sepanduk = 40%

Keseragaman = 30%

Disiplin perbarisan = 30%

Sepanjang perarakan, pelajar dan warga telah sama-sama berselawat ke atas junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w.

Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Tok Imam dari Masjid Bandar Tengku Faris Petra, Kuala Krai.

Acara diakhiri dengan selawat dan seterusnya makan … seekor lembu telah dikorbankan sempena sambutan Maulidur Rasul ini. Semua warga sekolah termasuk pelajar bersama-sama bergotong royong memotong, memasak .. seterusnya nyumm nyumm gulai daging lembu ..

Jom kita terjah melalui rakaman gambar-gambar ..

JPA3

PBSM

BOMBA

KRS

Pelbagai gaya dan kreativiti dipersembahkan




Para pelajar tekun mendengar ceramah ..

al-ustaz sedang memberi ceramah .


PBSM muncul sebagai johan keseluruhan perarakan

Mustaqim 5A1 (Penolong Ketua Pelajar / Pengawas) dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul



Guru-guru, staf dan pelajar sedang bergotong-royong memasak


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun secara tak langsung dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul kali ini. Anda warga sekolah kebanggaan kami ..

Saturday, January 28, 2012

Mesyuarat Rumah-Rumah Sukan


Baru-baru ini satu mesyuarat rumah-rumah sukan telah berlangsung. Antara agendanya:

1. Perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK.

2. Perancangan program/ Aktiviti

3. Pemilihan atlit rumah sukan

4. Latihan rumah sukan

5. Pungutan Yuran

Jom kita terjah mesyuarat / perjumpaan yang telah berlangsung ..











Mesyuarat telahpun berlangsung. Masing-masing ketua rumah sukan mengatur strategi bersama ahli-ahli rumah sukannya. Suasana agak meriah. Semua rumah sukan nampaknya bersemangat .. semangat nak menang!! Nak dapat tempat pertama!!

Apapun kita tengok rumah sukan manakah yang akan menang pada tahun ini ..




Saturday, December 31, 2011

Keputusan PMR 2011 - SMK Pahi pecah rekod!


Buat pertama kali, SMK Pahi telah berjaya memecah rekod keputusan cemerlang PMR sejak sejarah penubuhannya pada 15 Jun 1983. Keputusan yang diumumkan baru-baru ini membuktikan SMK Pahi berupaya untuk muncul sebagai salah sebuah sekolah yang cemerlang dari segi keputusan PMRnya.

Di Peringkat Daerah Kuala Krai, dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), SMK Pahi berjaya menduduki tangga ke-3 daripada 12 buah sekolah semuanya. Dengan GPS 2.67 telah meletakkan SMK Pahi di tangga ke-3 selepas SMK SYP2 (GPS 1.18) dan SMK SYP1 (2.42).

Analisis keputusan PMR 2011 di peringkat Daerah Kuala Krai dari segi GPS


Nama Sekolah

GPS

SMK SYP 2

1.18

SMK SYP 1

2.42

SMK Pahi

2.67

SMK Keroh

2.75

SMK Mengkebang

2.82

SMK Laloh

2.91

SMK Kuala Krai

2.96

SMK Manek Urai

3.02

SMU (A) Darus Salam

3.25

SMU (A) Saadatul Qura

3.34

SMK Bandar Kuala Krai

3.40

SMK Dabong

3.45



Manakala dari segi peratus lulus pula, SMK Pahi menduduki tangga ke-4 (62.24%), selepas SMK SYP2 (100%), SMK SYP1 (78.36%) dan SMK Keroh (62.45).

Tahniah kepada semua pelajar! Tahniah juga kepada semua guru!! Tahniah juga kepada semua ibu bapa!