iTHINK bermaksud innovative thinking
(Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang
kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan
ke seluruh Malaysia.
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran
adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara
visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh
digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang
boleh digunakan.
Sila klik untuk besarkan gambar di bawah ..
1. Circle
Map (Peta Bulatan)
Circle Map
digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan
sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map
digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan
kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map
digunakan untuk membanding beza sesuatu
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan
untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan
untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej
keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan
untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map
digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.
Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah
kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan
pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map
digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses
analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
0 comments:
Post a Comment