Visi Sekolah

Friday, January 25, 2013

Soal-jawab berhubung SPLG




soal-jawab berhubung e-SPLG



(FAQ - Frequently Asked Questions)

e-SPLG ..   e-SPLG

Kebelakangan ini rasanya guru dan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) tak dapat dipisahkan. Nak tak nak semua guru perlu akur dengan SPLG. Guru perlu mahirkan diri. Guru perlu biasakan dengan sistem ini. e-SPLG satu-satunya sistem yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  - untuk semua guru dan kumpulan pelaksana mengisi sebarang kursus / latihan dalam perkhidmatan yang telah dihadiri.

 Jom kita jadi seorang guru yang 'mesra e-SPLG'.  Kenali dan fahaminya ... ia online. Mudah dan mesra pengguna.


MODUL INDIVIDU

(1) Pelaporan:

i. Bagaimana jika pelaporan tidak dipaparkan?
SULDP perlu menyemak semula data yang dimasukkan lengkap atau tidak. SULDP juga perlu mempastikan status pelaksanaan kursus telah ditandakan.

ii. Bagaimana jika nama individu tidak dipaparkan?
SULDP perlu memaklumkan Guru Data untuk kemaskini data EMIS.

iii. Bagaimana jika ada guru yang pindah sekolah?
SULDP perlu memaklumkan Guru Data sekolah baru untuk kemaskini data EMIS.

iv. Bagaimana jika nombor Kad Pengenalan guru salah?
Individu perlu memaklumkan SULDP (BPG) dan SULDP perlu rujuk kepada Administrator SPLG (BPG) dan Guru Data.

v. Siapa yang boleh mengaplikasikan SPLG?
Boleh diisi oleh semua pegawai perkhidmatan pendidikan, guru dan kumpulan
pelaksana.

(2) Kata Laluan:

i. Bagaimana jika pengguna terlupa kata laluan sekolah?
Boleh rujuk kepada Penyelaras Latihan PPD.

ii. Bagaimana jika inidividu lupa kata laluan sendiri?
Boleh rujuk kepada SULDP.

(3) Book Review:

i. Bagaimanakah cara untuk mengira hari berkursus melalui Book Review?
1 buku = 1 hari berkursus ; maksima 3 buah buku setahun.
(Rujuk kepada Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku bagi menggantikan Hari Berkursus di Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 dan Pekeliling 2010 bertarikh 20 Dis 2010 bagi mendapat kaedah pengiraan hari berkursus).

ii. Apakah jenis buku yang boleh digunakan sebagai Book Review?
Kumpulan Staf Sokongan: Sebarang buku ilmiah atau buku umum (buku atau e-buku) berkaitan dengan tugas dalam BM atau BI sahaja. Kumpulan Pegawai / Guru: Sila rujuk kepada Pekeliling 20 Disember 2010. Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Bagi Menggantikan Hari Berkursus Di Kementerian Pelajaran Malaysia Pada Tahun 2011 . (Boleh dimuat turun dari laman utama SPLG)

iii. Bagaimana sinopsis dibuat?
Dibuat dalam format borang yang telah disediakan oleh BPG . Sila rujuk kepada Borang Sinopsis.

(4) Kehadiran Kursus Luar (KKL)

i. Apakah maksud KKL?
KKL bermaksud Kehadiran Kursus Luar.

ii. Siapakah penganjur KKL yang diambilkira?
Bahagian, Jabatan, PPD atau Agensi Kerajaan dan Agensi Luar.

iii. Siapakah yang bertanggungjawab mengesahkan KKL?
Ketua Jabatan / Pegawai Latihan / Penyelaras Latihan PPD / SULDP (Sekolah)

iv. Bagaimanakah kiraan jam untuk KKL?
Jumlah jam berkursus berdasarkan kepada masa slot/latihan. Perjalanan tidak dikira.

v. Siapakah yang bertanggungjawab mengisi data KKL?
Data dimasukkan oleh pegawai, guru atau staf yang menghadiri KKL .

vi. Adakah Taklimat dikira juga sebagai KKL?
Ya.

(5) TNA

i. Apakah TNA?
Training Needs Analysis (Analisis Keperluan Latihan).

ii. Siapakah yang perlu mengisi TNA?
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Kumpulan Pelaksana.



MODUL SULDP

(1) Pelaporan:

i. Bagaimana jika nama tiada dalam sistem?
Sila rujuk kepada Guru Data bagi pengemaskinian data EMIS.

ii. Bagaimana jika nama peserta dari sekolah lain dipaparkan dalam senarai peserta?
Sila rujuk kepada Guru Data.

iii. Siapakah yang tidak perlu didaftarkan dalam SPLG?
GSTT dan Guru Ganti.

iv. Bagaimana untuk melihat Analisis Kehadiran Kursus, Book Review dan KKL ?
Sila rujuk kepada pelaporan Individu.


(2) Kata Laluan:

i. Bagaimana jika SULDP terlupa Kata Laluan?
Sila rujuk kepada Pegawai Latihan PPD.

ii. Apakah peranan SULDP?
a) Daftarkan kursus berasaskan sekolah (anjuran sekolah);
b) Daftarkan nama peserta, penceramah dan fasilitator untuk setiap kursus yang didaftarkan;
c) Kemaskinikan status pelaksanaan kursus;
d) Rujuk kepada PPD sekiranya kursus yang dipohon belum disokong lagi;
e) Ambil berat tentang pelaksanaan Book-review, hantarkan sinopsis kepada Pengetua, Guru Besar atau SULDP untuk pengesahan dan isikan tarikh pengesahan sinopsis dan status pengesahan BR. Pastikan satu salinan synopsis disimpan dalam fail dokumen.
f) Mengesahkan Kehadiran KKL.
g) Memastikan TNA diisi oleh semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Kumpulan Pelaksana.

(3) KKL

i. Bagaimana hendak mengesahkan Kehadiran Kursus Luar?
a) Pengesahan jam berkursus berdasarkan kepada jadual kursus.
b) Sijil Kehadiran atau surat panggilan sebagai bukti kehadiran.


MODUL PPD

(1) Pelaporan

i. Apakah tugas Penyelaras Latihan PPD/ PPW?
Menyemak dan menyokong permohonan kursus yang dianjur oleh sekolah.

ii. Bilakah sokongan perlu dibuat oleh Penyelaras Latihan PPD/PPW?
Sokongan perlu dibuat sebelum kursus dilaksanakan.

(2) Punca Kewangan Untuk Sesuatu Kursus:

i. Apakah tindakan Penyelaras Latihan PPD terhadap permohonan yang melibatkan kewangan?
Penyelaras Latihan PPD perlu menyemak status kewangan sebelum menyokong
permohonan kursus yang melibatkan kewangan.


0 comments: