ermm camana agaknya nak bagi pelajar lebih memahami dan menguasai subjek sejarah? Pelbagai kaedah telah dan boleh digunakan oleh cikgu-cikgu.
Apa kaedahpun yang penting mesti berfokuskan kepada pelajar. Pelajar perlu lebih memainkan peranan ..
Berikut adalah salah satu kaedah yang boleh dipraktikkan. Pelajar diberi sub-sub tajuk secara berkumpulan. Mereka dibekalkan pen marker pelbagai warna dan kertas mahjong. Secara berkumpulan, bermula dari perbincangan, mencatat isi-isi penting dari buku teks dan melakar secara peta minda .. hasilnya pelajar didapati lebih mampu untuk menguasai isi-isi .. dan merekapun kelihatan agak seronok ...
Makin seronok apabila sesi pembentangan kumpulan ...
Tengok gaya, mereka boleh jadi cikgu atau pensyarah suatu hari nanti ..
p/s - walaupun peringkat awalnya ada pelajar agak gementar .. lama-lama 'alah bisa tegal biasa'. Mereka makin hebat .. dan yakin diri ..