soal-jawab berhubung e-SPLG
(FAQ - Frequently Asked Questions)
e-SPLG .. e-SPLG
Kebelakangan ini rasanya guru dan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) tak dapat dipisahkan. Nak tak nak semua guru perlu akur dengan SPLG. Guru perlu mahirkan diri. Guru perlu biasakan dengan sistem ini. e-SPLG satu-satunya sistem yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia - untuk semua guru dan kumpulan pelaksana mengisi sebarang kursus / latihan dalam perkhidmatan yang telah dihadiri.
Kebelakangan ini rasanya guru dan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) tak dapat dipisahkan. Nak tak nak semua guru perlu akur dengan SPLG. Guru perlu mahirkan diri. Guru perlu biasakan dengan sistem ini. e-SPLG satu-satunya sistem yang diperakui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia - untuk semua guru dan kumpulan pelaksana mengisi sebarang kursus / latihan dalam perkhidmatan yang telah dihadiri.
Jom kita jadi seorang guru yang 'mesra e-SPLG'. Kenali dan fahaminya ... ia online. Mudah dan mesra pengguna.
MODUL INDIVIDU
(1) Pelaporan:
i. Bagaimana jika pelaporan tidak
dipaparkan?
SULDP perlu menyemak semula data yang dimasukkan
lengkap atau tidak. SULDP juga perlu mempastikan status pelaksanaan kursus
telah ditandakan.
ii. Bagaimana jika nama individu
tidak dipaparkan?
SULDP perlu memaklumkan Guru Data untuk kemaskini
data EMIS.
iii. Bagaimana jika ada guru yang
pindah sekolah?
SULDP perlu memaklumkan Guru Data sekolah baru untuk
kemaskini data EMIS.
iv. Bagaimana jika nombor Kad
Pengenalan guru salah?
Individu perlu memaklumkan SULDP (BPG) dan SULDP
perlu rujuk kepada Administrator SPLG (BPG) dan Guru Data.
v. Siapa yang boleh mengaplikasikan
SPLG?
Boleh diisi oleh semua pegawai perkhidmatan pendidikan,
guru dan kumpulan
pelaksana.
(2) Kata Laluan:
i. Bagaimana jika pengguna terlupa
kata laluan sekolah?
Boleh rujuk kepada Penyelaras Latihan PPD.
ii. Bagaimana jika inidividu lupa
kata laluan sendiri?
Boleh rujuk kepada SULDP.
(3) Book Review:
i. Bagaimanakah cara untuk mengira
hari berkursus melalui Book Review?
1 buku = 1 hari berkursus ; maksima 3 buah buku
setahun.
(Rujuk kepada Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku
bagi menggantikan Hari Berkursus di Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011
dan Pekeliling 2010 bertarikh 20 Dis 2010 bagi mendapat kaedah pengiraan hari
berkursus).
ii. Apakah jenis buku yang boleh
digunakan sebagai Book Review?
Kumpulan Staf Sokongan: Sebarang buku ilmiah atau
buku umum (buku atau e-buku) berkaitan dengan tugas dalam BM atau BI sahaja.
Kumpulan Pegawai / Guru: Sila rujuk kepada Pekeliling 20 Disember 2010.
Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Bagi Menggantikan Hari
Berkursus Di Kementerian Pelajaran Malaysia Pada Tahun 2011 . (Boleh dimuat
turun dari laman utama SPLG)
iii. Bagaimana sinopsis dibuat?
Dibuat dalam format borang yang telah disediakan
oleh BPG . Sila rujuk kepada Borang Sinopsis.
(4) Kehadiran Kursus Luar
(KKL)
i. Apakah maksud KKL?
KKL bermaksud Kehadiran Kursus Luar.
ii. Siapakah penganjur KKL yang
diambilkira?
Bahagian, Jabatan, PPD atau Agensi Kerajaan dan
Agensi Luar.
iii. Siapakah yang bertanggungjawab
mengesahkan KKL?
Ketua Jabatan / Pegawai Latihan / Penyelaras Latihan
PPD / SULDP (Sekolah)
iv. Bagaimanakah kiraan jam untuk
KKL?
Jumlah jam berkursus berdasarkan kepada masa
slot/latihan. Perjalanan tidak dikira.
v. Siapakah yang bertanggungjawab
mengisi data KKL?
Data dimasukkan oleh pegawai, guru atau staf yang
menghadiri KKL .
vi. Adakah Taklimat dikira juga
sebagai KKL?
Ya.
(5) TNA
i. Apakah TNA?
Training Needs Analysis (Analisis
Keperluan Latihan).
ii. Siapakah yang perlu mengisi TNA?
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Kumpulan
Pelaksana.
MODUL SULDP
(1) Pelaporan:
i. Bagaimana jika nama tiada dalam
sistem?
Sila rujuk kepada Guru Data bagi pengemaskinian data
EMIS.
ii. Bagaimana jika nama peserta dari
sekolah lain dipaparkan dalam senarai peserta?
Sila rujuk kepada Guru Data.
iii. Siapakah yang tidak perlu
didaftarkan dalam SPLG?
GSTT dan Guru Ganti.
iv. Bagaimana untuk melihat Analisis
Kehadiran Kursus, Book Review dan KKL ?
Sila rujuk kepada pelaporan Individu.
(2) Kata Laluan:
i. Bagaimana jika SULDP terlupa Kata
Laluan?
Sila rujuk kepada Pegawai Latihan PPD.
ii. Apakah peranan SULDP?
a) Daftarkan kursus berasaskan sekolah (anjuran
sekolah);
b) Daftarkan nama peserta, penceramah dan
fasilitator untuk setiap kursus yang didaftarkan;
c) Kemaskinikan status pelaksanaan kursus;
d) Rujuk kepada PPD sekiranya kursus yang dipohon
belum disokong lagi;
e) Ambil berat tentang pelaksanaan Book-review,
hantarkan sinopsis kepada Pengetua, Guru Besar atau SULDP untuk pengesahan dan
isikan tarikh pengesahan sinopsis dan status pengesahan BR. Pastikan satu
salinan synopsis disimpan dalam fail dokumen.
f) Mengesahkan Kehadiran KKL.
g) Memastikan TNA diisi oleh semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan dan Kumpulan Pelaksana.
(3) KKL
i. Bagaimana hendak mengesahkan
Kehadiran Kursus Luar?
a) Pengesahan jam berkursus berdasarkan kepada
jadual kursus.
b) Sijil Kehadiran atau surat panggilan sebagai
bukti kehadiran.
MODUL PPD
(1) Pelaporan
i. Apakah tugas Penyelaras Latihan
PPD/ PPW?
Menyemak dan menyokong permohonan kursus yang
dianjur oleh sekolah.
ii. Bilakah sokongan perlu dibuat
oleh Penyelaras Latihan PPD/PPW?
Sokongan perlu dibuat sebelum kursus dilaksanakan.
(2) Punca Kewangan Untuk
Sesuatu Kursus:
i. Apakah tindakan Penyelaras
Latihan PPD terhadap permohonan yang melibatkan kewangan?
Penyelaras Latihan PPD perlu menyemak status
kewangan sebelum menyokong
permohonan kursus yang melibatkan
kewangan.