Pemberitahuan
Status Terkini:
Status Terkini:
Pemakluman
Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.
Sekian dimaklumkan.
Klik gambar di atas untuk besarkannya ..
wow!! tengok … betapa ramainya guru-guru yang mohon bertukar ..
Juara negerinya ialah KELANTAN. Guru yang mohon masuk ke Kelantan adalah yang
paling ramai sekali iaitu 1854 orang manakala yang mohon keluar dari Kelantan
hanya seramai 45 orang saja.
Naib Juaranya jatuh kepada negeri Terengganu. Bilangan guru yang mohon masuk
ialah seramai 1110 manakala yang mohon keluar seramai 138 orang.
ishhh ishhh .. apa bestnya KELANTAN dan TERENGGANU ek?
Setiap tahun dan sesi, rasanya kedua-dua negeri inilah yang paling ramai sekali
menjadi PUJAAN HATI para guru?