Maksud Logo Baru Kementerian
Pendidikan Malaysia
Seperti
lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3
'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau
typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa
hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan
huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa
pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan
sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi
mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa
daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo
ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu
Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah
'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat
melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi
warna, biru
bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan
melambangkan kecemerlangan. Putih
melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang
berkualiti dan berakhlak mulia.
Rekabentuk
oleh:
Prof. Dato’
Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis
Rekabentuk Malaysia)