Visi Sekolah

Saturday, December 31, 2011

Keputusan PMR 2011 - SMK Pahi pecah rekod!


Buat pertama kali, SMK Pahi telah berjaya memecah rekod keputusan cemerlang PMR sejak sejarah penubuhannya pada 15 Jun 1983. Keputusan yang diumumkan baru-baru ini membuktikan SMK Pahi berupaya untuk muncul sebagai salah sebuah sekolah yang cemerlang dari segi keputusan PMRnya.

Di Peringkat Daerah Kuala Krai, dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), SMK Pahi berjaya menduduki tangga ke-3 daripada 12 buah sekolah semuanya. Dengan GPS 2.67 telah meletakkan SMK Pahi di tangga ke-3 selepas SMK SYP2 (GPS 1.18) dan SMK SYP1 (2.42).

Analisis keputusan PMR 2011 di peringkat Daerah Kuala Krai dari segi GPS


Nama Sekolah

GPS

SMK SYP 2

1.18

SMK SYP 1

2.42

SMK Pahi

2.67

SMK Keroh

2.75

SMK Mengkebang

2.82

SMK Laloh

2.91

SMK Kuala Krai

2.96

SMK Manek Urai

3.02

SMU (A) Darus Salam

3.25

SMU (A) Saadatul Qura

3.34

SMK Bandar Kuala Krai

3.40

SMK Dabong

3.45



Manakala dari segi peratus lulus pula, SMK Pahi menduduki tangga ke-4 (62.24%), selepas SMK SYP2 (100%), SMK SYP1 (78.36%) dan SMK Keroh (62.45).

Tahniah kepada semua pelajar! Tahniah juga kepada semua guru!! Tahniah juga kepada semua ibu bapa!

Tuesday, December 6, 2011

Baiki diri anda dengan pengalaman orang lain!


“Baikilah diri anda dengan pengalaman orang lain. Jadi anda akan dapat sesuatu dengan cepat berbanding dengan apa yang orang lain lakukan”

- Socrates

“Belajar dari mereka yang terkemuka adalah seperti menuju kejayaan dengan menumpang di bahu raksasa yang besar”

- Elbert Habbard

Saturday, September 10, 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Ops!! terlupa pula nak entrikan …LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA yang telah diadakan pada 2 Julai 2011 yang lalu. Seperti sekolah-sekolah yang lain, SMK Pahi juga telah melaksanakan acara larian tersebut. Para pelajar, guru-guru dan seluruh warga sekolah telah sama-sama mengambil bahagian dalam acara larian ini.

Acara Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini telah berjaya diadakan di seluruh negara pada 2 Julai 2011. Majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga selaku Menteri Pelajaran Malaysia, bertempat di Padang Esplanade, Taiping, Perak. Acara rasmi dijalankan seawal 7:30 pagi dan tamat sekitar pukul 9:00 pagi.

Juga dinyatakan bahawa acara ini telah berjaya mencipta sejarah dan rekod baru larian serentak terbesar di Malaysia. Rekod ini telah dicatatkan dalam MALAYSIA BOOK of RECORDS.

Jom kita layan gambar yang sempat dirakamkan. Zassss ..














Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan acara ini ..