Visi Sekolah

Tuesday, October 20, 2009

Program Cakna Sejarah SPM 2009

17.10.2009 (Sabtu - Deepavali), 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari - Program cakna sejarah telah dilaksanakan. Sasarannya adalah pelajar-pelajar tahap sederhana yang mempunyai harapan untuk skor sekurang-kurangnya '3B' Sejarah SPM. Walau bagaimanapun, pelajar target '2A' bagi 'kelas kedua' juga digalakkan hadir.


Pelajar kali ini dibawa ke dalam 'bilik mesyuarat' sekolah untuk bagi sedikit kelainan dan suasana yang baru. Selama ini mereka asyik belajar dalam kelas, makmal, bilik tayangan dan dewan besar je.


Seronok juga bila berbincang dengan pelajar dalam keadaan santai begini. Pelbagai soalan diajukan... dan itu satu petanda adanya satu kesungguhan dan keinginan pelajar untuk belajar dan berjaya!!! Satu kepuasan bila memikirkannya.


Perjumpaan kali ini lebih menjurus kepada perbincangan hasil analisis soalan peperiksaan tahun-tahun lepas serta analisis bab / tajuk oleh beberapa buah negeri (Wilayah Persekutuan KL, Johor, Kelantan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah, Sekolah Berasrama Penuh dan MARA). Untuk rujukan pelajar, turut diedarkan soalan-soalan terpilih mengikut bab / tajuk bersama dengan skema yang lengkap. Edaran soalan dan skema ini adalah hasil analisis oleh Guru-guru Cemerlang Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tak lupa juga soalan-soalan dari ADABI.






Monday, October 5, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2009


Kepada para pelajar tingkatan 3, Selamat menghadapi peperiksaan PMR lusa ini (RABU - 7.10.2009). Moga semua pelajar dalam keadaan bersedia dan tenang. Jangan lupa, selain usaha, mohon doa dan restu guru dan ibu bapa. InsyaAllah.. pelajar semua akan berjaya.

Saturday, October 3, 2009

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2009

30 September 09 (Rabu) - sambutan hari raya peringkat sekolah telah diadakan. Semua guru dan pelajar diminta memakai baju raya. Sepanjang sambutan, suasana kelihatan begitu meriah sekali. Pelajar dan guru saling bermaaf-maafan. Selain hidangan menu raya oleh setiap kelas, satu persembahan pelajar dan guru juga turut diadakan.


Guru-guru lelaki berbaju Melayu segak bergaya

Cikgu Faizam diapit peminatnya. hehe (gurau jer)

Tn. Pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang mencipta kad raya

Penolong kanan bergambar bersama guru-guru kanan

Guru-guru kanan buat pertama kali bergambar bersama

Remove Formatting from selectionSenyuman ceria dan manis dari guru-guru perempuan

Guru berjiwa penyayang - cikgu Ali

Pelajar dengan pakaian raya masing-masing

Pelajar-pelajar cina turut memakai baju raya - sungguh handsem & ayu sekali

Persembahan memikat dari cikgu Nasri Nasir

Pn. Nurihah, satu-satunya guru perempuan yang mempersembahkan lagu raya. Merdu je suara.

Cikgu Syed dan cikgu Razali - dengan gaya tersendiri semasa mempersembahkan lagu raya

Persembahan fesyen pakaian raya hasil rekaan pelajar sendiri