“Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.”
17.10.2009 (Sabtu - Deepavali), 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari - Program cakna sejarah telah dilaksanakan. Sasarannya adalah pelajar-pelajar tahap sederhana yang mempunyai harapan untuk skor sekurang-kurangnya '3B' Sejarah SPM. Walau bagaimanapun, pelajar target '2A' bagi 'kelas kedua' juga digalakkan hadir.
Pelajar kali ini dibawa ke dalam 'bilik mesyuarat' sekolah untuk bagi sedikit kelainan dan suasana yang baru. Selama ini mereka asyik belajar dalam kelas, makmal, bilik tayangan dan dewan besar je.
Seronok juga bila berbincang dengan pelajar dalam keadaan santai begini. Pelbagai soalan diajukan... dan itu satu petanda adanya satu kesungguhan dan keinginan pelajar untuk belajar dan berjaya!!! Satu kepuasan bila memikirkannya.
Perjumpaan kali ini lebih menjurus kepada perbincangan hasil analisis soalan peperiksaan tahun-tahun lepas serta analisis bab / tajuk oleh beberapa buah negeri (Wilayah Persekutuan KL, Johor, Kelantan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah, Sekolah Berasrama Penuh dan MARA). Untuk rujukan pelajar, turut diedarkan soalan-soalan terpilih mengikut bab / tajuk bersama dengan skema yang lengkap. Edaran soalan dan skema ini adalah hasil analisis oleh Guru-guru Cemerlang Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tak lupa juga soalan-soalan dari ADABI.
0 comments:
Post a Comment