Visi Sekolah

Sunday, February 6, 2011

Program Orientasi Pelajar Ting. 1 & 4 Tahun 2011




Entri tertangguh ..

Pada 2 hingga 5 Januari, Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 tahun 2011 telah diadakan.

Matlamat program ini ialah mendedahkan kepada para pelajar tentang alam baru persekolahan peringkat menengah rendah dan menengah atas.

Objektif Program ialah

  1. Membantu pelajar dalam membentuk sahsiah diri yang cemerlang supaya menjadi warganegara yang berketerampilan, asertif dan kental menghadapi segala bentuk cabaran serta budaya dan persekitaran di sekolah menengah.
  2. Melahirkan warga pelajar yang sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi dan sentiasa Berwawawan Cemerlang
  3. Membantu pelajar menguasai kemahiran berkomunikasi bagi membentuk disiplin diri

Antara Pengisian Program ialah

  1. Taklimat Program & Ice Breaking
  2. Taklimat Sejarah, Taklimat Disiplin, Taklimat Kurikulum & Kokurikulum, Ujian Diagnostik/Tulisan Jawi, Teknik Belajar Berkesan, Taklimat Pusat Sumber Sekolah, Taklimat Kemahiran Hidup, Taklimat Makmal Sains, Ceramah Motivasi, Takzirah, Taklimat Biasiswa, Taklimat Pembangunan Sukan, Taklimat Makmal Komputer, Taklimat Pendidikan Khas dan Pengagihan Buku Teks.


Manakala pada 5 Januari, Hari Orientasi Pelajar Tingkatan 4 tahun 2011 juga telah diadakan.

Matlamat Hari Orientasi ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan kurikulum di peringkat Menengah Atas serta persediaan dan hala tuju selepas PMR.

Objektif Program ialah

  1. Mencetuskan semangat ingin belajar dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan
  2. Melahirkan pelajar yang bermotivasi dan mempunyai hala tuju yang jelas
  3. Memantapkan emosi, rohani dan mental pelajar dalam persekolahan peringkat Menengah Atas

Antara Pengisian Program ialah

  1. Taklimat Program dan Motivasi (Kaunselor)
  2. Taklimat Kurikulum (disampaikan oleh Pn. Hjh. Noraini)
  3. Taklimat Disiplin (disampaikan oleh En. Mohd Rozafarin)
  4. Taklimat Kokurikulum (disampaikan oleh En. Kamarulzaman)

Kedua-dua program ini telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua, Tn. Haji Mohammad Najib bin Awang Kechik.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat, secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

0 comments: