Visi Sekolah

Saturday, April 14, 2012

Program 'Bicara Ayahanda Ibunda bersama pelajar target SPM 2012'


Baru-baru ini, satu perjumpaan antara pihak pentadbir dengan pelajar-pelajar target SPM telah diadakan di bilik Wawasan. Program ‘Bicara Ayahanda Ibunda bersama pelajar target’ adalah salah satu program kecemerlangan akademik yang diadakan secara berkala.

Program kecemerlangan ini disusun di mana pihak pentadbir – Tuan Pengetua, semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan bersemuka dengan pelajar-pelajar target SPM. Dalam pertemuan ini, analisis pencapaian dan kedudukan semasa pelajar target akan disentuh. Pelajar turut diberi motivasi dan kata-kata semangat oleh pihak pentadbir. Program yang dipengerusikan oleh Tn. Pengetua ini berlangsung dalam keadaan santai. Kesemua pelajar juga diberi peluang untuk berbicara apa saja tentang diri, kehendak, masalah pembelajaran yang dihadapi dan akademik mereka.

Dalam program ini, semua pelajar target juga diberi satu salinan HC3 – tentang tahap pencapaian semasa (TOV) dan target (ETR) yang harus diperolehi oleh mereka. Setiap pelajar turut disentuh mengenai kekuatan dan kelemahan, serta peluang (SWOT Analisis) yang ada pada diri mereka.

Pihak sekolah berharap, kesemua pelajar target ini mampu dan akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. InsyaAllah …

0 comments: