Visi Sekolah

Wednesday, May 18, 2011

Sambutan Hari Guru 2011 edisi 1

Sambutan Hari Guru tahun 2011 telah disambut dengan meriah sekali oleh para guru dan pelajar. Penuh ceria. Penuh gelak ketawa. Guru-guru telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dikendalikan oleh pelajar.

Bermula dengan acara di medan ilmu, membaca perutusan hari guru, ucapan pengetua, nyanyian lagu Guru Malaysia, pemyampaian hadiah & cenderahati oleh pelajar kepada guru .. membawa kepada acara di padang – sukaneka. Seterusnya acara di Dewan Utama – persembahan kebudayaan oleh pelajar dan juga guru serta upacara memotong kek. Sambutan hari guru berakhir dengan majlis penyampaian hadiah sukaneka.dan jamuan tengahari. Para pelajar juga dijamu dengan aiskrim

JOM kita terjah gambar-gambar yang sempat disnap …





























Terima kasih kepada semua ...

Bestnya makan ubi, tahun depan sambut lagi ...

Sunday, May 15, 2011

Perutusan Khas Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Hari Guru 2011


“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

Salam 1 Malaysia,

Di zaman sekolah dahulu, Hari Guru adalah hari yang saya nanti-nantikan. Pengorbanan guru-guru kepada saya amat saya sanjungi. Saya pasti anda juga mempunyai perasaan yang sama.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang sentiasa ikhlas mencurahkan ilmu dan bakti tanpa mengenal penat lelah. Harapan saya semoga anda meneruskan perjuangan kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak didik kita. Semoga mereka bakal memimpin negara kelak untuk kegemilangan semua. Saya doakan agar anak-anak kita penuh dengan ilmu di dada, kaya dengan agama, adat dan budaya.

Saya amat berbesar hati jika kita dapat saling berhubung dan mengeratkan lagi silaturrahim. Hubungi saya pada bila-bila masa sahaja di laman Twitter (@NajibRazak), laman facebook (Najib Razak) & juga emel peribadi najib@1Malaysia.com.my

Selamat Hari Guru! Terima kasih atas perjuangan yang tidak ternilai.

Ikhlas daripada;

Najib Razak

16 Mei 2011

Wednesday, April 13, 2011

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 "Jom Masuk U"

Terlupa nak entri ..

Baru-baru ini pelajar-pelajar tingkatan 6 telah mengadakan lawatan sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 .. bertemakan Jom Masuk U ..

Moga pelajar-pelajar tingkatan 6 ini makin bersemangat untuk belajar .. seterusnya mencapai impian ke Universiti ..

Jom kita tengok gambar – terserlah perasaan suka dan keceriaan di wajah-wajah mereka ..

Pihak sekolah dan guru-guru mendoakan kejayaan anda semua.