Visi Sekolah

Friday, April 18, 2014

Kisah 3 orang pekerja disapa pakcik tua




Waktu tengahari. Matahari memancar terik. Di saat itu terdapat tiga orang pemuda sedang bekerja. Bekerja membina bangunan batu.Tiba-tiba seorang pakcik tua menghampiri mereka.
"Apa yang sedang kau kerjakan?", tanya orang tua itu kepada salah seorang dari mereka bertiga.

Pekerja bangunan yang pertama tanpa menoleh sedikitpun kat pakcik tua itu, menjawab dengan acuh tak acuh saja. Nadanya sedikit marah.

"Hei orang tua, apakah matamu sudah terlalu rabun untuk melihat. Yang aku kerjakan di bawah terik panas matahari ini adalah kerja seorang kuli biasa!!”

Orang tua itupun tersenyum, lalu beralih kepada pekerja bangunan yang kedua, "Wahai pemuda, apakah gerangan yang sebenarnya engkau kerjakan?"

Pekerja bangunan yang kedua itupun menoleh. Wajahnya agak tenang tapi kelihatan sedikit terkeliru. "Maaf pakcik, akupun tidak begitu pasti, tetapi kata orang, kami sedang membuat sebuah rumah", jawabnya lalu meneruskan kerja semula.

Masih belum puas dengan jawapan pekerja yang kedua, pakcik tua itu pun menghampiri pekerja yang ketiga, lalu menanyakan hal yang sama kepadanya. Maka pekerja yang ketiga itupun tersenyum lebar, lalu menghentikan pekerjaannya sejenak, lalu dengan wajah berseri-seri berkata.

"Pakcik, kami sedang membuat sebuah istana indah yang luar biasa! Mungkin kini bentuknya belum jelas, bahkan diriku sendiri pun tidak tahu seperti apa gerangan bentuk istana ini apabila telah siap nanti. Tetapi aku yakin, apabila siap nanti, istana ini akan nampak sangat indah, dan semua orang yang melihatnya akan terasa kagum. Jika pakcik ingin tahu apa yang aku kerjakan, itulah yang aku kerjakan!", jelas pemuda itu dengan perasaan penuh bersemangat.

Mendengar jawapan pekerja bangunan yang ketiga, orang tua itu sangat terharu sekali. Rupa-rupanya orang tua itu sebenarnya adalah pemilik istana yang sedang dikerjakan oleh ketiga pekerja bangunan itu.

Hal yang sama sebenarnya sering berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Sebahagian besar antara kita tidak pernah tahu untuk apa mereka dilahirkan ke dunia. Mungkin kerana telah biasa kesibukan / disibukkan oleh segala bentuk “perjuangan”, merasa tidak terlalu peduli dengannya. Bisa hidup saja sudah bersyukur.

Sebahagian lagi, yang biasanya adalah jenis “pengikut” iaitu orang-orang yang punya pandangan yang samar-samar tentang keberadaan mereka dalam kehidupan.


Namun golongan terakhir, biasanya hanya segelintir orang sahaja yang menemukan “visi” atau “jati diri” mereka di dunia ini. Mereka adalah orang-orang yang tidak hanya sekadar hidup tetapi adalah  orang-orang yang hidup dalam erti yang sebenar-benarnya. Mereka hidup dengan mempunyai matlamat dan sentiasa mengharapkan yang terbaik terhadap apa yang mereka lakukan.


Monday, April 14, 2014

e-GTukar Jun 2014


Kelantan masih pecah rekod!!!  Betapa ramainya guru yang nak masuk Kelantan (1036) .. nak keluar hanya 23 orang je .. renung-renungkanlah. Bersyukurlah kerana kita semua ada di bumi Kelantan .. Moga kita semua menjadi insan guru yang hebat dalam  mendidik anak-anak bangsa. InsyaAllah .. 


BIL
NEGERI
PERMOHONAN MASUK
PERMOHONAN KELUAR
1
JOHOR
118
976
2
KEDAH
341
84
3
KELANTAN
1036
23
4
MELAKA
102
69
5
NEGERI SEMBILAN
124
147
6
PAHANG
293
354
7
PULAU PINANG
110
180
8
PERAK
303
225
9
PERLIS
60
16
10
SELANGOR
437
354
11
TERENGGANU
641
85
12
SABAH
43
388
13
SARAWAK
28
808
14
W.PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
112
377
15
W.PERSEKUTUAN LABUAN
14
19
16
W.PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
51
9
17
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
49
168
18
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
230
143
19
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
44
132
20
BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN
0
1
21
BAHAGIAN SUKAN
6
6
22
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
7
19


Tuesday, April 1, 2014

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR.



Antara Penambahbaikan PBS Baru 2014 : 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih diteruskan dengan tiga penambahbaikan berkuatkuasa 1 April.
1.    Pertama, Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid sekaligus menyelesaikan masalah guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Sedangkan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid hanya berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
2.    Kedua, Guru tidak lagi perlu mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara online. Sebaliknya, guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran secara offline. Menerusi PBS baru 2014 juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
3.    Ketiga, guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar golongan berkenaan. Di mana perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru selepas ini.

 Cara Pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)


1.    Bermula tahun 2014, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
2.    Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan di peringkat sekolah
3.    Tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 seperti Peperiksaan Menengah RendaH (PMR) sebelum ini
4.    Sistem Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
5.    LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan
6.    Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan
7.    Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja
8.    Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes

 Cara Kemasukan ke SBP, MRSM, SMKA, SMT, Vokasional Berdasarkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
§  Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional akan ditentukan berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) & juga Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka
§  Pihak sekolah akan memaklumkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seseorang pelajar pada akhir tahun, pelajar boleh mohon slip keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh contohnya.