Visi Sekolah

Monday, June 15, 2009

Perkhemahan Agung & Hari Terbuka Ko 2009

Baru-baru ini sekolah telah mengadakan program perkhemahan agung & hari terbuka kokurikulum 2009. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.


Kali ini aktiviti perkhemahan telah diadakan serentak dengan hari terbuka kokurikulum. Untuk hari terbuka, beberapa agensi luar telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan suasana. Antara yang terlibat ialah Jabatan Bomba, Polis, Jabatan Pertahanan Awam, Hospital, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Bersama dengan pameran jabatan luar ini, pameran persatuan / kelab serta gerai jualan juga turut diadakan serentak.


Sepanjang program ini berlangsung, semua pelajar, ibubapa & orang kampung telah dijemput untuk bersama memeriahkan suasana.


JOM KITA LAYAN GAMBAR >>>> biarkan gambar menceritakan segalanya.




P/S - TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU, STAF, AJK PELAJAR & SEMUA PELAJAR YANG TERLIBAT. TERIMA KASIH JUGA KEPADA PIHAK PIBG, BADAN-BADAN GO & NGO'S YANG TURUT SAMA MENJAYAKAN PROGRAM INI.

0 comments: