Visi Sekolah

Thursday, June 11, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 2009

Sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah - pelbagai acara turut diadakan. Antaranya pertandingan Perarakan & Selawat oleh pasukan unit Beruniform. Antara aspek yang dinilai ialah kekemasan & keseragaman pakaian, kerjasama kumpulan semasa berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, Kreativiti dan keceriaan Banner / Papan Tanda.

Pelajar berarak dari AA (lokasi di kawasan surau) menuju ke Dewan Utama. Di dewan, majlis bermula dengan bacaan ayat suci al-Quran. Kemudian ceramah oleh tetamu jemputan dan berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang.


Pasukan Kadet Bomba

Pasukan Kadet Polis

Pasukan Puteri Islam

Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Pasukan PBSM

Pasukan Briget Bakti


Semua pelajar berkumpul di Dewan Utama

Cikgu Juliawati & cikgu Sawanoriah - juruacara yang sentiasa ceria
Wah!! tengok ustaz .. bukan main sibuk lagi tuu.

Tetamu jemputan menyampaikan ceramah

Selawat ke atas junjungan Besar Rasulullah s.a.w

Majlis penyampaian hadiah

Johan Pertandingan - Pasukan Briget Bakti

0 comments: