11 April – Pihak sekolah melalui Kelab Staf telah menganjurkan Majlis Perpisahan kepada guru-guru yang telah berpindah sekolah. Beberapa orang guru termasuk PK Pentadbiran, Pn. Hjh. Khadijah binti Hj. Ali telah berpindah ke sekolah baru mulai tahun 2010.
Pn. Hjh Khadijah binti Hj. Ali telah berpindah ke Sekolah Menengah Bandar Kuala Krai sebagai seorang pengetua. Beliau adalah sebagai perintis Sekolah Menengah Bandar yang baru saja beroperasi. Dalam masa yang sama, PK Pentadbiran yang baru, En. Mohd Rashid bin Mustafa juga turut diraikan kedatangannya. En. Mohd Rashid bin Mustafa sebelum ini adalah PK Kokurikulum dari SMK Kuala Krai.
Selamat Maju Jaya kepada semua guru yang berpindah / bertukar sekolah. Di mana saja anda ditempatkan... moga kepuasan mendidik akan sentiasa dibawa bersama.
0 comments:
Post a Comment