Visi Sekolah

Thursday, May 26, 2011

Perkhemahan Agung Tahunan Unit-unit Beruniform 2011

Pelajar tingkatan 6 sebagai urusetia kem kelihatan begitu ceria

Perkhemahan Agung Tahunan Unit-Unit Beruniform sekolah telah diadakan pada 21-23 April yang lalu. Peserta terdiri daripada pelajar unit-unit beruniform sekolah iaitu seramai 240 orang. Manakala urusetia pelajar pula terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas Sains.


Objektif Perkhemahan Agung Tahunan
:

(i) Meningkatkan disiplin dan motivasi di kalangan pelajar ke arah kecemerlangan diri.

(ii) Membentuk pelajar agar mempunyai jati diri, bersahsiah dan berperwatakan yang menarik.

(iii) Meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar.

(iv) Memupuk semangat perpaduan dan rasa bangga sebagai warga sekolah.

(v) Mendedahkan kemahiran berorganisasi dan pengurusan kepada AJK pelajar yang bertindak sebagai urusetia/fasilitator sepanjang perkhemahan.


Pelbagai aktiviti telah diadakan
.

Antaranya kemahiran Ikatan Tali, Pertandingan Kem Kraf, Senaman Aerobik dan Senaman Ala Tentera, Persembahan Seni Budaya, Ceramah dan Demonstrasi Pertolongan Cemas, Jalan Lasak, Aktiviti Merempuh Halangan, Ikhtiar Hidup, Pertandingan Lumba Air, Pertandingan Memasak Ikan Keli dan aktiviti Sukaneka.

Jom-jom kita lihat gambar aktiviti yang dirakamkan. Biarkan gambar berbicara dan bercerita ..


























Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Perkhemahan Agung Tahunan Unit-Unit Beruniform 2011 ini.

Moga segala komitmen dan kerjasama yang diberikan membawa kenangan yang sungguh indah dalam hidup …


Add Image

0 comments: