Apakah
itu SKPMg2 (SKPM Gelombang 2)
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memasuki
Gelombang 2 pelaksanaannya pada tahun 2016. Tumpuan pelaksanaan dalam Gelombang
2 adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu
peningkatan yang telah berlaku semasa Gelombang 1.
Kementerian
telah menyemak semula instrumen penilaian kendiri Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) supaya membolehkan penilaian sekolah menjadi lebih holistik. Ia
disebut SKPM Gelombang 2.
Penggunaan instrumen yang ditambah baik ini akan
membolehkan pentadbir sekolah menjalankan penambahbaikan berterusan
bagi meningkatkan prestasi sekolah.
Instrumen
ini akan menggabungkan pelbagai instrumen penilaian sedia ada dalam
Kementerian bagi mengelakkan pertindanan dalam penilaian, sekaligus
meningkatkan kecekapan.
Untuk mengetahui apakah itu SKPMg2 atau Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2, boleh klik link di bawah:
Untuk mengetahui apakah itu SKPMg2 atau Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2, boleh klik link di bawah:
MUAT
TURUN
0 comments:
Post a Comment