Kepada semua rakan sahabat guru ...
Berikut adalah Panduan
Menggunakan iThink Offline:
1. Muat turun i-THINK versi luar talian di www.mygfl.moe.gov.my.
2. Klik dua kali pada fail i-THINK.exe untuk muat turun.
3. Pengguna memerlukan sambungan internet untuk log masuk agar kursus
dapat dijalankan. Pengguna akan dimaklumkan sama ada terdapat sambungan
internet ataupun tidak seperti yang ditunjukkan di bawah:
4. Status Sambungan Internet : Baik
5. Wajib untuk Pengguna login kali pertama. Nota: Tidak perlu Log
In lagi di Masa Hadapan.
6. Status Sambungan Internet : Tiada Sambungan Internet
7. Klik Log In untuk meneruskan Mod Luar Talian sekiranya paparan
ini keluar.
8. Anda akan diberi penyataan untuk pemilihan bahasa. Pilih bahasa
untuk meneruskan kursus.
9. Apabila anda melancarkan aplikasi pada kali kedua dan
seterusnya, sistem akan mengeluarkan penyataan ‘Do you wish to continue from
last visited page?’ Pilih ‘Yes’ untuk meneruskan di kursus terakhir yang telah
anda tinggalkan atau pilih ‘No’ untuk membuka modul yang berbeza dari pilihan
di Menu.
10. Pilih modul dari Menu.
11. Klik butang ‘Progress Update’ untuk memuat naik kemajuan anda ke
pelayan. Sambungan internet diperlukan untuk memuat naik.
12. Anda akan dimaklumkan sekiranya muat naik tersebut telah
berjaya.
Menggunakan peranti
lain untuk menjalankan kursus:
1. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda. Klik pada butang
‘Login’
2. Anda akan dimaklumkan bahawa data pengguna yang terdahulu akan
hilang sekiranya ianya masih wujud di dalam sistem tersebut. Sekiranya setuju
dan ingin meneruskan kursus, klik pada butang ‘OK’
3. Di ‘Final Test’, sistem akan membuat semakan pada sambungan
internet anda. Untuk melakukan ‘Final Test’ ini, anda perlu mempunyai sambungan
internet
4. Selepas melengkapkan ‘Final Test’, sistem akan menghantar baucer
ke e-mel berdaftar anda sekiranya anda mencapai skor 60% dan ke atas.
5. Sebaik sahaja anda log masuk ke www.mygfl.moe.gov.my, sistem
akan menghantar baucer ke e-mel berdaftar anda.
6. Nota : Sila pastikan ID e-mel anda adalah betul dan sentiasa
dikemaskini pada sistem dalam talian www.mygfl.moe.gov.my.
Masalah
iThink tidak boleh login
Ramai guru telah
melaporkan masalah untuk log masuk ke dalalam aplikasi ithink mereka, walaupun
ia versi offline namun tetap mengalami masalah seperti secara online sebelum
ini. Nampaknya, biarpun ada jawapan ithink,
tetapi tetap tidak dapat melaksanakannya.
Untuk menyelesaikan
maslah ini anda boleh menghubungi:
Urusetia MyGfL,
Sektor Pendidikan Teknologi Maklumat & Komunikasi,
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA
Sektor Pendidikan Teknologi Maklumat & Komunikasi,
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA
Tel: 03-8884 2000 Fax:
03-8888 9917
Semoga info dan
maklumat ini dapat membantu anda menyelesaikan kursus anda serta sama-sama
mempelajari ilmu yang ada di dalamnya.
0 comments:
Post a Comment