Visi Sekolah

Thursday, October 15, 2015

SPL KPM Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) – 2015


Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) – 2015

Berikut adalah penambahbaikan yang sedang dibuat oleh Pihak Admin SPL KPM.

Penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi membolehkan pengguna merekodkan aktiviti PPB menerusi aplikasi SPLKPM.

Ianya melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
1. Aktiviti PLC
2. Aktiviti Bimbingan dan Pementoran (B&P)
3. Penyelidikan & Kajian Tindakan
4. Penulisan dan pengkaryaan di Luar Bidang Tugas
5. Program sandaran dan sangkutan Organisasi Luar KPM
6. Sumbangan Lain Bukan Profesional/ Aktiviti Kesukarelaan
7. Peningkatan Akademik

Proses daftar aktiviti PPB dilaksanakan menerusi modul individu dan disokong oleh SULDP/ Pegawai Latihan di organisasi masing-masing.

Aktiviti PLC : didaftarkan oleh Ketua Kumpulan
Aktiviti B&P : didaftarkan oleh Mentor
Aktiviti 3 - 7 : didaftarkan oleh individu menerusi modul - 'Pembelajaran Kendiri'

Pada masakini aktiviti PPB yang dinyatakan di atas masih belum dikira sebagai 'Bilangan Hari Berkursus'. Namun maklumat tersebut akan diambil kira dalam pengiraan Mata Kredit.

Sekian. 

Admin 26. 08. 2015

Friday, May 1, 2015

Kursus Pedagogi Abad Ke-21


Pada 4 Februari 2015, semua guru telah mengikuti kursus Pedagogi Abad Ke-21. Kursus ini telah diadakan di dalam bilik gerakan Kokurikulum, iaitu bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2.30 petang. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Nik Rozman dari JPN Kelantan. Hampir kesemua cikgu telah menyertai kursus ini. Beberapa orang staf juga turut hadir untuk bersama-sama mengetahui apakah Pedagogi Abad Ke-21.

(Dalam masa yang sama, semua pelajar telah berkumpul di Dewan Asrama untuk mengikuti ceramah motivasi yang diuruskan oleh pihak kaunselor sekolah)

Jom kita terjah  ... 













Barisan pentadbir sedang fokus dan berfikir ...



Cikgu-cikgu kusyuk mendengar taklimat ...



Moga kursus ini dapat memberikan situasi baru dari segi kaedah PdP kepada semua guru. Diharapkan juga guru-guru dapat mengaplikasikannya semasa melaksanakan PdP, seterusnya dapat membestarikan sekolah dan pelajar. Ini kerana sudah sampai masanya kaedah PdP dan susun atur kerusi meja dalam kelas bertukar corak dalam usaha memberikan keseronokan kepada pelajar untuk belajar. Suasana kondusif dan santai dapat memberikan 'warna' yang ceria dan hidup kepada pelajar untuk lebih berkolaborasi, secara kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud dalam pembelajaran seharian mereka. Di samping itu, dengan adanya bilik darjah abad ke-21, pelajar diharapkan dapat bersama-sama berbincang, menyelesaikan masalah dengan satu keputusan yang dibuat secara bersama.

Wednesday, April 8, 2015

Julat Gred PT3 dan SPM 2015 Mengikut SAPS


JULAT GRED MENENGAH RENDAH 2015 (PT3)  - SAPS
                              
Tarikh
Perkara
Keterangan
09/02/2015 
Julat Gred Menengah Rendah Untuk Tahun 2015 
85 - 100 --> A
70 -- 84 --> B
60 -- 69 --> C
50 -- 59 --> D
40 -- 49 --> E
01 -- 39 --> F
00 --------> TH

Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai. 


JULAT GRED MENENGAH ATAS 2015  (SPM)    - SAPS    
                                     
Tarikh
Perkara
Keterangan
09/02/2015 
Julat gred MA Untuk Tahun 2015. 
Berikut ialah Julat Gred MA yang baru:
90 - 100 --> A+
80 - 89 ---> A
70 - 79 ---> A-
65 - 69 ---> B+
60 - 64 ---> B
55 - 59 ---> C+
50 - 54 ---> C
45 - 49 ---> D
40 - 44 ---> E
01 - 39 ---> G
00 - 00 ---> TH